Penjelasan tentang syariat tarekat hakikat dan makrifat

Penjelasan tentang syariat tarekat hakikat dan makrifat
Kekeliruan sering wujud di dalam memahami apa itu Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. Ramai yang mungkin masih dalam kekeliruan tentang perbezaan diantara Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat.

Kebingungan bertambah ketika kebanyakkan ilmu di antara fahaman Tasawuf atau Mazhab-mazhab ilmu Fiqah yang semakin memperuncing perbezaan diantara ilmu tersebut. Padahal, masing-masing merupakan jalan menuju kepada "Keikhlasan dengan Allah s.w.t." dengan kaedah-kaedah ilmu yang berbeza. Tujuan atau matlamat kesemuanya adalah sama iaitu menuju kepada Allah, satu-satu Zat yang wajib di Tauhidkan, di Esakan, di Makrifatkan dengan penuh "Keikhlasan".

Tidak ada yang lain hanya Allah yang Maha Qudrat (Berkuasa), Iradat (Berkehendak), Ilmu (Mengetahui), Hayat (Hidup), Samaak (Mendengar), Basyar (Melihat) dan Kalam (Berkata-kata).

Pencerahan ini akan membantu kita memahami perbezaan agar kita tidak terjebak kepada saling menyalahkan dan menganggap masing-masing paling benar.

Pada jalan Syariat adalah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah yang telah ditetapkan dalam Amalan Ibadah, Hukum-hakam, Muamalat dan sebagainya.

Hakikat dengan Makrifat adalah merupakan penyaksian akan kewujudan suatu rasa Zatulhaq dalam Diri pada setiap sesuatu "Pergerakkan Kehidupan" tertakluk di dalamnya Asma, Afaal, Sifat dan Zat. Kita sememangnya mengenal istilah, musyahadah rububiyah, yakni mengenal dan melihat Tuhan dengan Mata Hati (Basyirah).

Syariat merupakan pengetahuan atau konsep ilmu Fekah yang merupakan jalan menuju Allah s.w.t yang di Syariatkan melalui junjungan Nabi Muhammad s.a.w dengan kaedah aktualisasi prinsip-prinsip syariat dengan ketentuan hukum-hakam yang sah.

Tariqat adalah perjalanan kehidupan dan perbuatan "Penyata Sifat" yang tersedia tertakluk pada ketetapan dan perlaksanaan dalam pergerakkan kewujudan dalam penzahiran Allah s.w.t. untuk dikenali.

Hakikat adalah Keabadian, Kenyataan, Kepercayaan, merasa melihat-Nya dengan penuh Keikhlasan, Ketakwaan, Keimanan dan Kekosongan sebagaimana yang di sabda oleh Rasullullah s.a.w "Ikhlas itu seumpama seekor semut hitam, yang duduk di atas batu yang hitam, berada di dalam Gua yang gelap gulita".

Makrifat adalah " Mengenal", yang mana setiap Diri penanggung Amanah Allah mengisbatkan yang Allah ul Haqq dalam menafikan kewujudan yang lain hanya Allah yang wujud. Setiap gerak adalah gerakNya, bertepatan firman Allah "Tidak bergerak kamu wahai Muhammad melainkan gerakkan Aku".

Syariat datang dengan peraturan hukum-hakam dari Sang Maha Pencipta untuk supaya teratur kehidupan manusia, sedangkan Hakikat bersumber dari dominasi kreativitas Al-Haqq. Syariat merupakan penyembahan makhluk pada Al-Khaliq, sedangkan Hakikat adalah kesaksianNya dari sifat makhluk meliputi Zat dan Sifat terhadap kenyataan kewujudanNya .

Syariat adalah penegakan atau perlaksanaan apa yang diperintahkan Allah s.w.t. Sedangkan Hakikat adalah kesaksian terhadap sesuatu yang telah ditentukan dan ditakdirkan-Nya, serta yang disembunyikan dan yang dinampakkan.

Penjelasan menarik tentang hal ini dalam Surah Fatehah, firman Allah s.w.t, “Iyya ka na’budu (Hanya kepada-Mu kami menyembah) -[QS Al-Fatihah [1]: 4] adalah manifestasi dari syariat. Sedangkan “Iyya ka nasta’iin” (Hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan)- [QS Al-Fatihah [1]: 5 ] adalah manifestasi dari pengakuan (penetapan) Hakikat.

Kesimpulannya, Syariat adalah Hakikat sebenarnya yang dipandang dari sisi dimana kewajipan yang diperintahkan dan Hakikat sebenarnya juga merupakan Syariat yang dipandang dari sisi dimana kewajipan yang diperintahkan bagi mereka yang Makrifat.

Kesimpulan daripada kenyataan di atas menunjukan bahawa Syariat yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w adalah merupakan kaedah-kaedah penyucian Hati yang menuju "Kemakrifatan, Keikhlasan, Keimanan, Ketakwaan, KeEsaan" kepada Allah s.w.t. yang tertakluk dalam peringkat Syariat. Begitu juga pada peringkat Tariqat, Hakikat dan Makrifat mempunyai kaedah-kaedah jalan penyucian Hati yang menjadi syarat wajib penyerahan Amanah Allah yang merupakan Rahsia Diri Empunya Diri.

Namun begitu hanya Diri Rahsia yang mengenal Diri Empunya Diri, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w, "Araftu rabbi bi rabbi" Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku".

Pencapaian Penyucian Hati ini tertakluk kepada peringkat cara kaedah yang dilaksanakan mengikut jalan yang di lalui, sama ada jalan syariat, tariqat, hakikat dan makrifat.

Namun ilmu "Makrifat" adalah jalan atau kaedah yang paling tinggi, mudah, cepat, padat dan mantap proses penyucian Hati itu, namun syaratnya adalah "Mati sebelum Mati". Semua kita pasti mati, kerana mati itu jalan dan kaedah jalan makrifat kepada Allah s.w.t yang paling sempurna dan hasilnya adalah "Insan Kamil".

Kita dikehendaki mematikan diri sebelum dimatikan, menjurus kepada tidak ada sesuatu apa pun milik kita keseluruhan Alam Diri kita mahu Semesta Alam ini serta isi-isinya mutlak ditadbir-urus, di takluki dalam Ketetapan dan Perlaksanaan Allah s.w.t.

Oleh: Zamri Paharuddin  (Nurpronas)
June 22, 2015 at 2:55AM

Apa itu Syariat, Tarekat, Hakikat, Makrifat?

Secara singkat, Syariat, Tarekat, Hakikat, Makrifat adalah sebagai berikut: 

Syariat (Islam) adalah hukum dan aturan (Islam) yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat Muslim. Selain berisi hukum dan aturan, syariat (Islam) juga berisi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. Maka oleh sebagian penganut Islam, syariat (Islam) merupakan panduan menyeluruh dan sempurna seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. 

Tarekat berasal dari kata ‘thariqah’ yang artinya ‘jalan’. Jalan yang dimaksud di sini adalah jalan untuk menjadi orang bertaqwa, menjadi orang yang diredhoi Allah s.w.t. Secara praktisnya tarekat adalah kumpulan amalan-amalan lahir dan batin yang bertujuan untuk membawa seseorang untuk menjadi orang bertaqwa.Ada 2 macam tarekat yaitu tarekat wajib dan tarekat sunat.

tarekat wajib, yaitu amalan-amalan wajib, baik fardhu ain dan fardhu kifayah yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim. tarekat wajib yang utama adalah mengamalkan rukun Islam. Amalan-amalan wajib ini insya Allah akan membuat pengamalnya menjadi orang bertaqwa yang dipelihara oleh Allah. Paket tarekat wajib ini sudah ditentukan oleh Allah s.w.t melalui Al-Quran dan Al-Hadis. Contoh amalan wajib yang utama adalah shalat, puasa, zakat, haji. Amalan wajib lain antara lain adalah menutup aurat , makan makanan halal dan lain sebagainya.tarekat sunat, yaitu kumpulan amalan-amalan sunat dan mubah yang diarahkan sesuai dengan 5 syarat ibadah untuk membuat pengamalnya menjadi orang bertaqwa. Tentu saja orang yang hendak mengamalkan tarekat sunnah hendaklah sudah mengamalkan tarekat wajib. Jadi tarekat sunnah ini adalah tambahan amalan-amalan di atas tarekat wajib. Paket tarekat sunat ini disusun oleh seorang guru mursyid untuk diamalkan oleh murid-murid dan pengikutnya. Isi dari paket tarekat sunat ini tidak tetap, tergantung keadaan zaman tarekat tersebut dan juga keadaan sang murid atau pengikut. Hal-hal yang dapat menjadi isi tarekat sunat ada ribuan jumlahnya, seperti shalat sunat, membaca Al Qur’an, puasa sunat, wirid, zikir dan lain sebagainya.

Hakikat artinya i`tikad atau kepercayaan sejati (mengenai Tuhan), maka hakikat ini pekerjaan hati. Sehingga tidak ada yang dilihat didengar selain Allah, atau gerak dan diam itu diyakini dalam hati pada hakikatnya adalah kekuasaan Allah. (Abdurrahman Siddik Al Banjari ,1857 kitab Amal Ma`rifat).

Hakikat;  adalah  kebenaran,  kenyataan  (Poerwadarminta,1984)  hakekat  menyaring  dan memusatkan  aspek-aspek  yang  lebih  rumit  menjadi  keterangan  yang  gamblang  dan  ringkas, hakikat  mengandung  pengertian-pengertian  kedalam  aspek  yang  penting  dan  instrinsik  dari benda yang dianalisa (Konsep Dasain Interior II, Olih Solihat Karso).Hakikat berasal dari kata arab haqqo, yahiqqu, haqiqotan yang berarti kebenaran sedangkan dalam kamus ilmiah disebutkan bahwa hakikat adalah: Yang sebenarnya; sesungguhnya; keadaan yang sebenarnya (Partanto, pius A, M. Dahlan al barry, Kamus Ilmiah Populer, 1994, Arkola, Surabaya).Istilah bahasa hakikat berasal dari kata “Al-Haqq”, yang berarti kebenaran. Kalau dikatakan Ilmu Hakikat, berarti ilmu yang digunakan untuk mencari suatu kebenaran.

Makrifat, Dari segi bahasa Makrifat berasal dari kata arafa, ya’rifu, irfan, ma’rifat yang artinya pengetahuan dan pengalaman. yaitu perpaduan dari syariat-tarikat-hakikat yang nantinya menuju kepada “mengenal Allah dan keilmuan (kunci kode) alam semesta yang termuat dalam Al Quran serta mentaati syariat Rasulullah SAW.”

Maka, apakah makrifat itu? Makrifat adalah pandai/ mengerti/ paham dan melaksanakan (dengan sempurna). Sayangnya dalam fase ini (makrifat), tidak ada seorang manusia pun yang mampu mendekati makrifat apalagi duduk dalam tahap tersebut. Alasannya mudah saja, karena syarat mutlak makrifat adalah “wahyu.”Mengapa harus mendapat wahyu untuk makrifat? secara mudah saja, Makrifat, artinya pengetahuan dan pengalaman, yaitu perpaduan dari syariat-tarikat-hakikat yang nantinya menuju kepada “mengenal Allah dan keilmuan (kunci kode) alam semesta yang termuat dalam Al Quran serta mentaati syariat Rasulullah SAW.” Maka bagaimana akan makrifat bila tanpa wahyu?Bagaimana menjadi makrifat? jawabannya adalah: “tidak mungkin.” Kecuali, bila seseorang itu adalah memiliki derajat nabi. Karena, seorang nabi pasti memperoleh wahyu.

Sholat/sujud yg sebenarnya adalah di hati. Tanpa mengesampingkan sholat / ibadah yg dzohir

Sholat adalah penyerahan yang dicipta kepada Pencipta. Ia adalah pertemuan di antara hamba dengan Tuhannya.

Tempat pertemuan itu ialah hati. Jika hati tertutup, lalai dan mati, maka tidak ada kebaikan yang sampai kepada ibadah dzohir, karna hati adalah intipati atau hakikat atau zat bagi jasad, semua yang lain bergantung hati.

Sholat yang diperintahkan oleh agama (syariat) dilakukan pada waktu tertentu, lima kali sehari semalam. Sebaiknya dilakukan di dalam masjid secara berjemaah, menghadap ka'abah, mengikut imam yang tidak munafik dan tidak ria'.

Sedangkan ibadah bathin atau sujud hakiki (Hakekat) tidak ada batasan waktu dan tidak berkesudahan, bagi kehidupan ini dan juga akhirat.
- Masjid bagi sholat ini ialah hati.
- Jamaahnya ialah bakat-bakat kerohanian, yang mengingat dan mengucapkan nama-nama Allah Yang Esa di dalam bahasa alam batin.
- Imam sholat ini ialah kehendak yang tidak dapat disekat, arah kiblatnya ialah keesaan Allah, yang di mana-mana, dan keabadian-Nya dan keindahan-Nya.