Mengapa disebur zaman jahiliyah sebutkan faktor disebut zaman jahiliyah

Dari segi bahasa, jahiliah merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang mundur dari segi akhlak dan sosial. Menurut ayat al-Quran yang bermaksud:

"Sesudah itu, patutkah mereka menghendaki hukum Jahiliyah? Dan siapakah yang boleh membuat hukum lebih baik daripada Allah bagi orang yang yakin." (Al-Maidah|5:50)

Masyarakat jahiliyah tidak merujuk pada masyarakat bodoh dalam pengertian tiadanya pengetahuan dan peradaban, melainkan pada nilai-nilai yang jauh dari kebenaran (fitrah, Islam).

"Ketika orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong yang ada dalam hati mereka perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah lalu Allah turunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang yang beriman, serta meminta mereka tetap berpegang kepada Kalimah Taqwa, sedang mereka adalah orang yang sangat berhak dengannya dan menjadi ahlinya. Dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al-Fath|48:26)


Masyarakat Jahiliyah merupakan masyarakat yang bertamadun tinggi. sebagaimana zaman kerajaan Saba’ sebagai rujukan ketamadunan Arab yang berjaya. Masyarakat Arab Jahiliyah hanya jahil dari segi agama, bukan dari aspek lain seperti bidang kesusasteraan atau kejuruteraan yang mereka telah lama maju.

Permulaan zaman Jahiliyah tidak ditentukan permulaannya. Tidak dicatatkan dalam mana-mana rekod bertulis mahupun bukti artifak yang menunjukkan bila zaman Jahiliyah bermula. Hanya al-Qur'an menyatakan zaman tersebut adalah sebelum Islam iaitu zaman sebelum turunnya Al-Quran. Namun, maksud ayat-ayat Al-Quran menunjukkan zaman tersebut adalah seperti berikut:

  • Zaman tidak mempunyai nabi dan kitab suci.
  • Tidak mempunyai peradaban dan ketamadunan.
  • Masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
  • Masyarakatnya jahil dan tidak boleh membaca dan menulis.

Politik

Pada zaman Jahiliyah, tiada satupun kerajaan Arab yang mempunyai sistem pemerintahan yang teratur. Mereka lebih banyak kepada kelompok kabilah, suku dan puak yang kecil. Keadaan politik orang Arab Jahiliyah tambah tergugat dengan pengaruh kuasa penjajah di utara Semenanjung Arab yang dikuasai kerajaan Rom dan Parsi. Di bahagian selatan pula, oleh kerajaan Habsyah-Rom dan Parsi. Kawasan tengah seperti Makkah, walaupun tidak dijajah tetapi menerima kesan buruk penjajahan tersebut.

Keadaan ini dapat dilihat melalui peperangan al-Fijar yang berlaku pada bulan yang diharamkan berperang di antara kaum Quraisy dengan penduduk Hirah yang pada ketika itu bernaung dibawah kerajaan Parsi. Begitu juga dengan serangan tentera bergajah dari Yaman yang disokong oleh kerajaan Rom ke atas kota Mekah.

Ekonomi

Keadaan ekonomi masyarakat Arab di selatan Semenanjung Arab menjadi tidak stabil selepas runtuhnya empangan Ma’arib di Yaman. Kebanyakan mereka yang menetap di sana berpindah ke utara Semenanjung Arab untuk mencari sumber ekonomi yang baru. Keadaaan sebelah utara Semenanjung Tanah Arab yang diliputi dengan padang pasir sesuai untuk berdagang. Walau bagaimanapun, perdagangan yang dijalankan tidak menguntungkan kerana terdapat banyak pergolakan politik, ancaman dan tekanan pihak Parsi dan Rom serta kabilah-kabilah Arab lain. Peperangan al-Fijar adalah antara yang memberi kesan kepada ketidakstabilan politik, menyebabkan pedagang dari Hirah diserang dan berlakunya peperangan.

Akibat dari kekurangan sumber pertanian berikutan pecahnya empangan Ma’arib, Kerajaan Himyar pada ketika itu cuba mendapatkan sumber ekonomi baru melalui penaklukan. Pada peringkat awal penaklukan mereka berjaya memperolehi hasil yang banyak. Tetapi pada tahun 300 Masihi, tekanan dari luar dan penduduk tempatan telah mengurangkannya. Pada tahun 534 Masihi, kerajaan Himyah telah kalah kepada tentera Habsyah dan tentera Parsi.

Puak Habsyah pada ketika itu pula begitu ghairah meluaskan penaklukan mereka ke bahagian utara dan melakukan serangan ke atas kota Makkah. Walau bagaimanapun, percubaan ini gagal. Keadaan ini menyebabkan hubungan perdagangan antara Yaman dan Syam terjejas dan ini memberi impak kepada kota Makkah yang terletak di tengah-tengah perjalanan antara kedua-dua negara tersebut. Hubungan antara Yaman dan Hirah juga terputus kerana Hirah berada dalam kekuasaan kerajaan Parsi manakala Yaman di bawah kekuasaan Habsyah yang merupakan rakan karib kerajaan Rom, musuh kerajaan Parsi.

Kedudukan kota Makkah yang terletak di tengah kuasa besar ini memberi tekanan kepada puak Quraisy Makkah dan mereka cuba mengeksploitasi perdagangan satu hala dengan kaum Arab Badwi. Ini menyebabkan puak Badwi bertindak balas dengan melakukan rompakan ke atas kafilah pedagang Quraisy. Keadaan masyarakat di kota Makkah sendiri telah wujud permusuhan antara golongan kaya dan miskin. Keadaan menjadi huru hara ini sedikit sebanyak mengganggu proses pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut.

Agama dan Akhlak

Pada zaman Jahiliyah, nilai kepercayaan dan moral orang Arab adalah amat rendah kerana tiada seorang nabi yang diutuskan untuk memberi petunjuk dan tiada satu kepercayaan agama yang dapat membawa kepada kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat.

Majoriti masyarakat Arab adalah menyembah berhala atau kekala dengan kepercayaan animisme. Pada ketika itu orang Arab membina patung-patung berhala dan menyembahnya. Mereka juga membina patung tersebut untuk dijual untuk ditukar dengan barang dagangan yang membawa keuntungan. Terdapat juga di kalangan mereka yang percaya kepada animisme iaitu dengan memuja dan menyembah kejadian alam seperti bulan, matahari, bintang, binatang, pokok, roh dan lain-lain lagi. Suasana yang berlaku ini menunjukkan kepercayaan masyarakat Arab penuh dengan unsur-unsur mitos dan tahyul.

Keadaan akhlak dan moral masyarakat Arab jahiliyah juga adalah amat buruk. Mereka mempunyai sikap yang tidak sopan dan tidak berperikemanusiaan, ada dikalangan mereka yang sanggup bertukar isteri dan mengahwini ibu dan bapa sendiri. Malah ada yang sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup demi menjaga maruah mereka. Kaum wanita pada ketika itu dianggap seperti barangan dagangan dan mempunyai taraf yang cukup rendah.

Ilmu Pengetahuan

Masyarakat Arab pada ketika itu mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang perniagaan, namun kepandaian tersebut tidak cukup untuk meletakkan mereka sebagai satu bangsa yang bertamadun kerana tamadun sesebuah bangsa mempunyai ciri-ciri yang tersendiri termasuklah dari aspek moral dan akhlak.

Pada zaman tersebut penyebaran ilmu pengetahuan hampir tiada. Kebanyakan orang Arab pada ketika itu buta huruf tidak tahu membaca dan menulis, hanya seramai 17 orang sahaja yang yang menguasai bidang tersebut.

Aktiviti penyebaran ilmu pada ketika itu adalah amat terbatas disebabkan golongan pedagang dari luar berbangsa Rom dan Parsi lebih menumpukan perhatian kepada mencari keuntungan dari hasil perdagangan daripada menyebarkan ilmu.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Jahiliah&oldid=5391702"

Mengapa disebur zaman jahiliyah sebutkan faktor disebut zaman jahiliyah

Mengapa disebur zaman jahiliyah sebutkan faktor disebut zaman jahiliyah
Lihat Foto

Pengunjung menikmati hujan salju yang turun di wilayah Tabuk, Arab Saudi, Sabtu (1/1/2022). Setiap tahun, hujan salju membawa turis dari seluruh Kerajaan Arab Saudi ke wilayah tersebut. Akibat pandemi Covid-19, mungkin akan ada lebih sedikit pengunjung yang datang ke wilayah Tabuk untuk melihat salju.

KOMPAS.com - Sebelum kedatangan Islam, penduduk yang mendiami wilayah Arab dikenal sebagai masyarakat Arab Jahiliyah atau bangsa Jahiliyah.

Jahiliyah sendiri berarti kebodohan. Kondisi masyarakat Arab sebelum Islam sangat buruk dan belum memiliki tatanan kehidupan sosial yang teratur.

Terdapat kesenjangan antara kaum bangsawan dan masyarakat biasa, di mana kaum bangsawan menjadi terpandang dan memiliki otoritas yang lebih.

Selain itu, pada zaman Jahiliyah, sering terjadi peperangan antarsuku di tanah Arab dan masyarakatnya banyak yang memiliki kebiasaan buruk serta perbuatan tidak baik.

Baca juga: Kisah Nabi Muhammad Sebelum Diangkat Menjadi Rasul

Kebiasaan buruk Arab Jahiliyah

Kehidupan sosial era Arab Jahiliyah sangatlah buruk, di mana perbudakan menjadi hal biasa.

Perbudakan dan pelacuran adalah hal yang normal, bahkan seorang anak bisa menikahi ibu tirinya.

Selain itu, pertempuran antarsuku sering terjadi, kecuali pada bulan tertentu yang diharamkan untuk berperang.

Dalam pertempuran, pihak yang kalah akan terhina selama hidupnya dan keterhinaan paling parah menyasar perempuan.

Perempuan pada saat Arab Jahiliyah diperlakukan seperti benda mati. Pelacuran juga membuat perempuan seperti tidak ada harganya.

Selain itu, orang Arab Jahiliyah dikenal memiliki banyak istri atau suka berpoligami. Seorang laki-laki bisa mengawini dua bersaudara, bahkan mengawini istri bapaknya apabila ditalak atau ditinggal mati.

Baca juga: Strategi Dakwah Nabi Muhammad di Madinah

Kondisi sosial yang buruk ini merata di seluruh lapisan penduduk Arab era Jahiliyah.

Adapun kebiasaan buruk masyarakat Arab Jahiliyah lainnya adalah sebagai berikut.

  • Membunuh bayi perempuan
  • Berjudi
  • Menyembah berhala
  • Memperjualbelikan perempuan

Namun, ada beberapa kelompok yang terbebas dari kehidupan sosial Arab Jahiliyah yang buruk tersebut.

Mereka adalah orang yang memiliki jiwa besar dan menolak masuk ke dalam kehidupan sosial Arab Jahiliyah.

Baca juga: Musailamah al-Kadzab, Nabi Palsu yang Menjiplak Al Quran

Sikap baik Arab Jahiliyah

Meski kehidupan sosial Arab Jahiliyah sangatlah buruk, tetapi ada beberapa masyarakatnya yang memiliki sikap baik.

Salah satu sikap atau budaya Arab Jahiliyah yang baik adalah dermawan dan murah hati.

Bahkan mereka berlomba-lomba dan membanggakan diri dalam masalah kedermawanannya dan kemurahan hatinya.

Syair-syair sastra Arab pun dipenuhi pujian dan sanjungan terhadap orang yang memiliki jiwa dermawan.

Selain itu, orang-orang Arab Jahiliyah menjunjung tinggi janji yang telah dibuat.

Dalam budaya Arab, janji memiliki kedudukan yang sama dengan utang yang harus dibayar.

Bahkan ada orang yang membunuh anaknya sendiri dan membakar rumah orang karena meremehkan janji yang telah dibuat.

Referensi:

  • Al-Mubarakfuri, Shafiyyurrahman. (2021). Posisi Bangsa Arab dan Gambaran Masyarakat Arab Jahiliyah. Yogyakarta: Hikam Pustama.
Dapatkan update berita pilihan dan breaking news setiap hari dari Kompas.com. Mari bergabung di Grup Telegram "Kompas.com News Update", caranya klik link https://t.me/kompascomupdate, kemudian join. Anda harus install aplikasi Telegram terlebih dulu di ponsel.