Kenapa telinga terasa sakit sampai ke rahang?

Pernahkah anda sakit telinga sampai rahang? Jika ya, pasti anda tahu betapa seksanya menahan sakit. Sakit telinga selalunya berlaku kepada kanak-kanak. Namun, itu bukanlah bermaksud orang dewasa terlepas daripadanya!

Sakit telinga selalunya merupakan simptom penyakit lain. Jarang sekali ia menandakan penyakit yang serius. Namun, untuk pastikan apa sebenarnya yang menyebabkan telinga anda sakit, pastikan anda dapatkan pemeriksaan daripada doktor dulu ya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, anda boleh klik di sini.

5 punca sakit telinga sampai rahang

Aduh, sakitnya telinga! Tahukah anda, ada pelbagai penyakit yang boleh sebabkan telinga anda rasa sakit dan pedih.

Kadangkala, kesakitan ini berlaku disebabkan sakit gigi dan bukanlah jangkitan seperti yang kita sangka!

Di bawah, kami senaraikan 5 punca sakit telinga kiri sampai rahang. Jom baca!

1. Ada masalah dengan rahang anda

Kenapa telinga terasa sakit sampai ke rahang?

Jika anda rasa sakit telinga kiri sampai rahang, ia mungkin berlaku disebabkan sejenis kondisi yang dikenali sebagai temporomandibular disorder (TMD).

Gangguan ini boleh menyebabkan kesakitan di kawasan sendi dan juga otot yang mengawal pergerakan rahang.

Kadangkala, penghidap gangguan TMD juga akan menghasilkan bunyi klik ketika membuka mulut.

Walau bagaimanapun, jika ia tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan, anda mungkin tidak memerlukan rawatan.

Kondisi ini berpunca daripada penyakit seperti arthritis atau kecederaan pada rahang. Ia juga berlaku kepada individu yang gemar mengetap gigi.

Jika anda mengalami masalah untuk membuka dan menutup mulut, dapatkan rawatan doktor secepat mungkin. Sama jugalah jika anda sering sakit telinga sampai rahang.

2. Terlalu banyak tahi telinga

Tahukah anda, pengumpulan tahi telinga yang terlalu banyak boleh mendatangkan ketidakselesaan dan kesakitan?

Jika anda mempunyai tahi telinga yang banyak dan keras, jangan sesekali cuba untuk membuangnya sendiri. Tanpa sedar, anda mungkin akan menolak tahi telinga lebih dalam dan membuatkannya semakin sukar untuk dibuang.

Cara yang terbaik untuk mengelakkan masalah sakit telinga sampai rahang disebabkan pengumpulan tahi telinga adalah dengan mendapatkan rawatan daripada doktor.

Selain itu, anda juga boleh beli ubat titik telinga di farmasi berdekatan untuk melembutkan tahi telinga.

Baca juga:

  • Orang Dewasa Pun Boleh Kena Sakit Telinga! Ini Angkara Tahi Telinga Banyak?
  • Sakit Kalau Ada Jerawat Tumbuh Dalam Telinga, Tapi Jangan Pecahkan, Ya! BAHAYA

3. Jangkitan buat anda sakit telinga sampai rahang

Kenapa telinga terasa sakit sampai ke rahang?

Selalu rasa sakit telinga ketika demam atau selesema? Jika ya, besar kemungkinan kesakitan ini berlaku disebabkan jangkitan pada kawasan telinga.

Jarang sekali orang dewasa mengalami jangkitan telinga. Ia lebih berisiko dalam kalangan kanak-kanak atau warga emas yang memakai alatan pendengaran.

Walau bagaimanapun, bakteria atau virus boleh masuk ke dalam telinga dan menyebabkan jangkitan walaupun anda tidak pernah mengalami masalah telinga sebelum ini.

Ada jangkitan yang akan sembuh dengan sendirinya. Ada juga yang akan berkurang dengan pengambilan antibiotik.

Apa yang penting, dapatkan pemeriksaan doktor jika anda mengalami kesakitan yang berpanjangan pada kawasan telinga.

4. Anda menghidap swimmer’s ear

Kenapa telinga terasa sakit sampai ke rahang?

Swimmer’s ear atau otitis externa merupakan sejenis jangkitan bakteria yang berlaku disebabkan air bertakung di luar saluran telinga dalam satu jangka masa yang panjang.

Persekitaran yang lembap ini menggalakkan bakteria untuk tumbuh.

Tetapi, bukan itu sahaja yang boleh menyebabkan swimmer’s ear. Penggunaan putik kapas atau terlalu kerap memasukkan jari ke dalam lubang telinga juga boleh mengakibatkan jangkitan yang sama.

Semua orang boleh mendapat jangkitan ini. Walau bagaimanapun, ia lebih lazim dalam kalangan kanak-kanak. Swimmer’s ear juga tidak boleh menjangkiti dari satu individu ke individu yang lain.

5. Sakit telinga sampai rahang disebabkan masalah gigi

Jangan terkejut, tapi sakit gigi sebenarnya boleh menyebabkan anda rasa sakit sampai ke telinga!

Tetapi mengapa? Untuk pengetahuan anda, saraf di kawasan muka dan leher berada hampir dengan telinga kita.

Jika telinga anda sakit dan pada masa yang sama anda mengalami sakit tekak, ia mungkin tanda jangkitan tonsillitis atau pharyngitis.

Gigi reput, kaviti dan tumbuh gigi bongsu juga boleh menyebabkan sakit telinga. Jika anda mengalami masalah ini, jumpalah doktor gigi secepat mungkin.

Mereka dapat memeriksa sama ada kesakitan yang anda alami berlaku disebabkan sakit gigi atau jangkitan pada dalam telinga.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Apa penyebab telinga sakit sampai ke rahang?

Keluhan Anda telinga kanan sakit sampai merambat ke rahang, dapat disebabkan oleh beberapa faktor antara lain : Gendang telinga bolong (pecahnya gendang telinga). Infeksi telinga tengah. Sumbatan telinga akibat serumen (kotoran telinga mengeras), binatang kecil.

Apa yang harus dilakukan ketika sakit telinga?

7 Cara Mengobati Sakit Telinga Bagian Dalam.
Mengompres telinga..
Posisikan tidur dengan tepat..
Minum air jahe..
Kompres dengan bawang putih..
Bersihkan telinga..
Pijat telinga..
Teteskan minyak zaitun..

Kenapa telinga dan leher terasa sakit?

ada beberapa hal yang mungkin menjadi penyebab dari keluhan anda diantaranya : infeksi : seperti infeksi telinga dalam sepeti otitis media dan infeksi telinga luar otitis ekestern. trauma pada telinga.

Apa penyebab telinga terasa nyeri?

Sakit pada bagian telinga dalam bisa terjadi ketika telinga tengah atau telinga bagian dalam mengalami masalah, seperti infeksi, iritasi, atau peradangan. Infeksi telinga adalah penyebab paling umum dari sakit pada bagian telinga dalam.