Manfaat air kelapa hijau untuk membersihkan rahim

1

NO. KANDUNGAN MUKA SURAT

1. DAFTAR ISI 1
2. PRAKATA 3
3. SENARAI NAMA PENGGUBAL MODUL 4
4. 6
5. KITALAH JUARA (2-3) 8
6. MENAWAN SAMUDERA (4-5) 13
7. JUTAWAN SUKAN (6-7) 17
8. LAUTAN API KURENANGI! (8-9) 20
9. TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA (10-11) 22
10. BACAAN LUAS: MENYUSURI PULAU IMPIAN (12-13) 24
11. NUTRIEN UNTUK MINDA (16-17) 27
12. BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA (18-19) 30
13. EVOLUSI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (20-21) 33
14. MALAYSIA MEMBACA (22-23) 36
15. MEMBAWA DUNIA KE BILIK DARJAH (24-25) 39
16. KERJAYA DI AWAN BIRU (28-29) 42
17. SAKSI SENYAP RUNGKAI MISTERI (30-31) 45
18. DARI TITIK KE TITIK (32-33) 47
19. MENJULANG POTENSI DIRI (34-35) 49
20. HARAPAN SETINGGI GUNUNG (36-37) 52
21. SEMERAH ROZEL (44-45) 55
22. TERBAIK DARI KOLAM (46-47) 58
23. REALISASIKAN IMPIAN (48-49) 60
24. SERIKANDI BERJASA! (50 - 51) 63
25. SINAR BAHARU PENTERNAK JAYA (52-53) 67
26. PEMULIHAN, PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (54-56) 69
27. RUMAH PASANG SIAP (58-59) 71
28. KHAZANAH HUTAN BAKAU (60-61) 74
29. KEK ANEKA RONA (62-63) 76
30. MENGHADAPI RINTANGAN (64-65) 80
31. MAJU DALAM INDUSTRI MUTAKHIR (66-67) 83
32. PEMULIHAN DAN PENGAYAAN (68-69) 87
33. MALAYSIA SYURGA MAKANAN (72-73) 90
34. TAHAN MENGHIJAU(74-75) 93
35. WARISAN DUNIA (76-77) 103
36. PELANCONG HIJAU (78-79) 108
37. POS KUALA MU (80 - 81) 109
38. PEMULIHAN, PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (82 - 84) 114
39. MUAFAKAT KORPORAT (86-87) 116
40. JEBAK DIGITAL (88-89) 119
41. GERUH-GERAH BADAN AIR (90-91) 122
42. GEMA BELANTARA (92-93) 126
43. TENTANG BULAN (94-95) 130
44. RUMAH PUSAKA SUTAN MENGATAS (102-103) 136
45. DARAH SATERIA (104-105) 140
46. SEJARAH MENDEWASAKAN KITA (106 -107) 141
47. TEKSTIL WARISAN (108-109) 146
48. TERCATAT DALAM SEJARAH (110 - 111)) 149
49. BACAAN LUAS (112-113) 151
50. PEMULIHAN (114) 152
BUKAN SEBARANG SENIMAN (116-117)

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

2

NO. KANDUNGAN MUKA SURAT

51. IDENTITIKU (118-119) 156
52. AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT (120-121) 158
53. MENU MALAYSIA DI SERATA DUNIA (122-123) 163
54. MISI KEMANUSIAAN (124-125) 165
55. PEMULIHAN, PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (126-128) 167
56. TUKANG TULIS (130-131) 174
57. SASTERAWAN DARI UTARA (132-133) 178
58. BAHASA MURNI, WAJAH PERIBADI (134-135) 181
59. SASTERA UNTUK MASYARAKAT (136-137) 184
60. PENCINTA BAHASA (138-139) 189
61. BELANJAWAN DINAMIK (146-147) 191
62. MENDUNG BERALIH JUA (148-149) 195
63. TUNAIKAN TANGGUNGJAWABMU (150-151) 197
64. YAKIN, PASTI BOLEH! (152-153) 200
65. SIMPAN, LABUR, DAN UNTUNG (154-155) 207
66. PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (156-157) 212
67. EKSPRESI DIRI (160-161) 217
68. ASIMILASI SENI (162-163) 220
69. INDAHNYA TERAPEUTIK (164-165) 222
70. DARI DAPUR BONDA (166 - 167) 224
71. HUTAN KECILKU (168-169) 227
72. PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (170-171) 230
73. LUBUK AKAL, TEPIAN ILMU (174-175) 234
74. PATAH DAGU, BERTONGKAT PARUH (176-177) 236
75. KUASA GRAVITI (178-179) 239
76. PANORAMA DIORAMA (180-181) 244
77. PULAU 11 GELARAN (182-183) 247
78. IKRAR ANDA, HARAPAN MEREKA (190-191) 250
79. MITOS PERUBATAN (192-193) 252
80. VEKTOR PEMBAWA PENYAKIT (194-195) 255
81. DEBU-DEBU DI UDARA (196-197) 258
82. MARAH, JANGAN ENGKAU MARAH (198-199) 260
83. PEMULIHAN DAN PENGAYAAN (200-201) 262
84. BAHASA ALAM (204-205) 267
85. FUTURIS (206-207) 271
86. HARGA TEKNOLOGI (208-209) 274
87. MAKAN SAINS, TIDUR SAINS (210-211) 280
88. INOVASI 5G (212-213) 282
89. BACAAN LUAS (214-215) 284
90. BELIA POSITIF, TERSERLAH WIBAWA (218-219) 287
91. MARI MENGUNDI (220-221) 291
92. PEMIMPIN BERKESAN, PENCETUS KEJAYAAN (222-223) 293
93. KECINDAN PEMIMPIN (224-225) 297
94. MUAFAKAT SERANTAU (226-227) 300
95. 306
96. PENILAIAN 1 319
97. PENILAIAN 2 330
98. PENILAIAN 3 337
99. PENILAIAN 4 351
PENILAIAN 5

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

3

PRAKATA

Puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya, modul ini
dapat dihasilkan. Secara peribadi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada cikgu Badrol Hisham
bin Ibrahim selaku pentadbir utama grup BM SPM kerana memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada
saya dalam usaha menyelaraskan pembinaan modul ini. Saya menyedari bahawa terlaksananya tugas
menyiapkan modul ini hasil daripada bantuan dan sumbangan ahli-ahli dalam Telegram Guru BMSPM.
Kumpulan yang diwujudkan ini merupakan medan untuk guru-guru berkongsi ilmu, pengalaman dan bahan
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Dengan bantuan teknologi media sosial Telegram ini, kerjasama
secara maya dalam penghasilan modul Bahasa Melayu dapat dilaksanakan. Penggubalan modul ini
merupakan satu usaha murni kumpulan Telegram Guru BMSPM bukan sahaja untuk manfaat ahli-ahli
kumpulan malahan untuk faedah semua guru Bahasa Melayu di tanah air kita ini. Antara objektif
penyediaan Modul Sokongan Buku Teks Tingkatan 4 adalah seperti berikut:

1. Membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan guru dan murid.
2. Menyediakan bahan sokongan PdPc yang sistematik berdasarkan buku teks.
3. Membina item pengujian yang sesuai berdasarkan konstruk pentaksiran dan penilaian.
4. Menyemarakkan perkongsian pintar sesama ahli grup.

Penubuhan kumpulan Telegram Guru BMSPM ini mempunyai matlamat untuk saling membantu dan
meringankan tanggungjawab mendidik anak-anak murid. Guru-guru dalam kumpulan ini tidak lokek ilmu
dan membantu dari segi pengalaman dan kepakaran mereka. Banyak bahan yang dikongsi yang
memberikan kebaikan kepada semua guru Bahasa Melayu. Saya mewakili para pentadbir kumpulan
Telegram Guru BMSPM menyeru agar ahli-ahli sudi untuk meluangkan masa, bersama-sama memerah
pemikiran dan tenaga dalam usaha untuk membuat modul-modul bagi menyokong pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu khasnya bagi tingkatan 4 dan 5.

Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) telah banyak membawa perubahan dari segi format pentaksiran. Selain itu,
kehadiran pandemik Covid-19 juga merupakan satu cabaran kepada para pendidik untuk melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR). Oleh sebab itu, pendekatan dan penambahbaikan perlu
dilaksanakan sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka atau dalam talian agar
memenuhi keperluan kurikulum dan juga suasana baharu.

Dalam mengendalikan penghasilan modul ini, sokongan daripada guru-guru yang bersama dalam kumpulan
ini amat dihargai. Mereka memberikan komitmen walaupun dalam kesibukan kerjaya di tempat bertugas
masing-masing. Modul yang anda tatap sekarang ialah Modul Sokongan Buku Teks Bahasa Melayu KSSM
Tingkatan 4. Insya-Allah, selepas ini akan menyusul Modul Soalan Berformat SPM berdasarkan tema Buku
Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4.

Saya sangat memahami bahawa modul yang telah dihasilkan ini tidaklah sempurna. Oleh sebab itu, saya
amat mengalu-alukan teguran dan kritikan membina. Sila kemukakan sebarang teguran anda melalui
Telegram menerusi nama pengguna @rose_6631. Sebarang idea untuk pembinaan modul bagi memenuhi
keperluan guru-guru Bahasa Melayu tingkatan 4 dan 5 amat dihargai. Semoga sumbangan kami yang sedikit
ini memberikan manfaat kepada guru-guru dan murid-murid. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan
ucapan syabas dan tahniah kepada para penggubal Modul Sokongan Buku Teks Bahasa Melayu KSSM
Tingkatan 4 ini.

Roosezah binti Sabri
Pentadbir Telegram Guru BMSPM
SMK Sungai Manik
36000 Teluk Intan, Perak.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

4

NO. NAMA PARA PENGGUBAL MODUL TEMPAT BERTUGAS

1. AFSIAH BINTI ABDUL RACHMAN SMK KUHARA, TAWAU, SABAH
2. ARBAIYAH BINTI MOHD SAMSI SMA SHAMSUDDINIAH, TANGKAK, JOHOR
3. AZILAH BINTI AJIB SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM, KUALA KANGSAR, PERAK
4. DANIEL TIEW TUTOR
5. DULIJAH BINTI JALINU SMK MERU, KLANG, SELANGOR
6. EVA SORNAM GUNASEGARAN SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH, KLANG, SELANGOR
7. FADZILAH BINTI SANDARI SMK DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK, SPG RENGGAM, JOHOR
8. FAIZA RAHILA BINTI ISMAIL SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR
9. FAIZAH BINTI MOKHTAR SMK GOMBAK SETIA, SELANGOR
10. HARLIANA BINTI MOHD ARIFIN SMK AGAMA TUN AHMADSHAH, KOTA KINABALU, SABAH
11. HASANAH BINTI SHAHIDAN SMK TAMAN PANGLIMA, ASSAM KUMBANG, TAIPING, PERAK
12. HASLINDA BINTI ROSLE SMK BAYAN LEPAS, PULAU PINANG
13. HAYATI BINTI MOHAMED SMK DATO ABDUL RAHMAN YAAKUB, BOTA, PERAK
14. JOEY TAN BERSARA
15. KAREN LING ENG SMK LANANG, SIBU, SARAWAK
16. KHADIJAH BINTI AHMAD SM TAHFIZ AL-QURAN CHENDERAH, JASIN, MELAKA
17. LATIFAH BINTI HJ. SANI SMK KUHARA, TAWAU, SABAH
18. LATIFAH BINTI TARKEP SMK AGAMA JOHOR BAHRU, JOHOR
19. LETCHUMY A/P SUBRAMANIAM SMK BANDAR PUTRA, SEGAMAT, JOHOR
20. LIAW KON [email protected] LIAW SMK TAMAN RIA, TUARAN, SABAH
21. MARIAH BINTI ABDUL HAMID SMK SELAMA, KEDAH
22. MASJURAIQAIS BIN CHE SOH MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS, SANDAKAN, SABAH
23. MASNI BINTI KARATE SMK ABU BAKAR AL-BAQIR, BAGAN SERAI, PERAK
24. MASTURA BINTI MAT HASSAN SMK (P) METHODIST, KUANTAN, PAHANG
25. MASZAIRIANI BINTI ZAINAL SM ARAB JAIM ASSYAKIRIN, SELANDAR, MELAKA
26. MAZNAH BINTI HASSAN SMK KUNAK JAYA, KUNAK, SABAH
27. MEGANATHAN LACHIMANAN SMK SUNGAI KARANGAN, KULIM, KEDAH
28. MOHAMAD YUSUF BIN OMAR KOLEJ VOKASIONAL TELUK INTAN, PERAK
29. MOHAMMAD FAIZAL BIN MAT YUSOFF SM WESLEY METHODIST, SENTUL, KUALA LUMPUR
30. MOHD FAHDELI BIN ISA SMT KUANTAN, KUANTAN, PAHANG
31. MOHD MAULANA BIN MASBOR SMK DATO’ IBRAHIM MAJID, SIMPANG RENGGAM, JOHOR
32. MOHD RIFQI BIN ISMAIL SMK TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN, KEDAH
33. MOHD SYAHMIRZA ABDULLAH SMK METHODIST, SIBU, SARAWAK
34. MOHD. ZUJIMAN BIN ABAS SMK HORLEY METHODIST, TELUK INTAN, PERAK
35. NAFIZAH BINTI ABD. WAHAB SMKA DATO’ HJ ABU HASSAN HJ SAIL, PEDAS, N.SEMBILAN
36. NIK ANITA BINTI NIK ABD MAJID SMK PAYA RUMPUT, MELAKA
37. NIK SHARIFAH BINTI NIK MOHD YUSOFF SMK MAXWELL, KUALA LUMPUR
38. NOOR FARIDAH BINTI BERAHIM SMK BUKIT SENTOSA 2, RAWANG, SELANGOR
39. NOOR HUZAIMAH BINTI TAMIT SMKA SIBU, SIBU, SARAWAK
40. NOORAZIAH BINTI ABDULLAH SMK TAMAN EHSAN, KEPONG, SELANGOR
41. NOR HASLIZA BINTI HASSAN SMK TAMAN SELAYANG, SELANGOR
42. NOR SHAYAUMIL QHAIRIL EEMANN BIN SMU (A) TARBIAH ISLAMIAH, KELANTAN

MUHAMMAD NOR SMK (P) SULTAN ABU BAKAR, MUAR, JOHOR
43. NORAINI BINTI ISMAIL SMK MAHMUD, RAUB, PAHANG
44. NORAZAH BINTI AHMAD @ WAHAB SMK PERIMBUN, CHERAS, SELANGOR
45. NORLIZA BINTI HUSIN SMK SERI MULIA, KUALA LUMPUR
46. NORSHAHIRAH BINTI NOR AZMAN SHAH SMK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG, SELANGOR
47. NORTABSHIAH BINTI KAMARUZZAMAN SMK TOK PERDANA, SITIAWAN, PERAK
48. NORWAHIDA BINTI KANARI SMK SEMOP, DARO, SARAWAK
49. NUR ZULAIKHA BINTI ABU BAKAR SMK SENTOSA, KAMPAR, PERAK
50. NURJANNAH BINTI YASUNI SMK ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN, PERAK
51. NURUL AINA BINTI ABU SOHOT MAKTAB TENTERA DIRAJA, KEM SUNGAI BESI, KL
52. NURUL AKMAH BINTI ISMAIL SMK PADUKA TUAN, SEGAMAT, JOHOR
53. NURUL ANIZA BINTI PAIMAN SMK ALANG ISKANDAR, BAGAN SERAI, PERAK
54. RICHARD IGNACY

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

5

55. ROHANI BINTI SARBINI SMK HAJAH LAILA TAIB, SAMARAHAN, SARAWAK

56. ROOSEZAH BINTI SABRI SMK SUNGAI MANIK, TELUK INTAN, PERAK

57. RUSLIDA BINTI ABDUL RAHMAN SMK TAMAN FOREST HEIGHTS, SEREMBAN, N.SEMBILAN

58. RUZITA BINTI KIMIN SMK BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU, JOHOR

59. SAHARUDDIN BIN ABDULLAH SMK SIJANGKANG JAYA, BANTING, SELANGOR

60. SALAWATI BINTI KEMAN SM TEKNIK, KUALA LUMPUR

61. SITI FAIRUS BINTI AHMAD SMK KELAPA SAWIT, KULAI, JOHOR

62. SITI FATIMAH BINTI HAMAT SMK PEDU, KUALA NERANG, KEDAH

63. SITI KHAINORLIZA BINTI MOHD NORDIN SAM BAGAN TERAP, SUNGAI BESAR, SELANGOR

64. SITI NORULYANI BINTI MD ZIM SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA, SELANGOR

65. SITI ROHANI BINTI MAT NOR SMK AGAMA KUALA LUMPUR

66. SITI SUHAILA BINTI IBRAHIM SMKA DATO’ HJ ABU HASSAN HJ SAIL, PEDAS, N.SEMBILAN

67. SUHAINI BINTI YUSOFF SMK BUYONG ADIL, TAPAH, PERAK

68. SUHANARIYAH BINTI SUGIMAN SMK JUGRA, BANTING, SELANGOR

69. SULEHA BINTI ISNIN SMK TUN MAMAT, TANGKAK, JOHOR

70. SURIYATI BINTI AHMAD SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, KUCHING, SARAWAK

71. SUSILAYATI BINTI EHWAN SMK PUTERI WILAYAH, KUALA LUMPUR

72. SUZANAH BINTI ALWI SMK MERU, KLANG, SELANGOR

73. TAN CHAI LONG ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN

74. THOO KIM FAH SMK CHUNG HUA, MIRI, SARAWAK

75. TUAN JAMIL BIN TUAN MUHAMMAD SMK DATO’ AHMAD MAHER, KOTA BHARU, KELANTAN

76. VOON TZE MING SMK PUJUT, MIRI, SARAWAK

77. WONG HIE LING SMK SEKSYEN 1 BANDAR KINRARA, SELANGOR

78. YII MEE HUA SMK BUKIT LIMA, SIBU, SARAWAK

79. ZAINON BINTI KHALID SMK TAMAN SERI RAMPAI, KUALA LUMPUR

80. ZALILAH BINTI MOHAMAD SMK SELAMA, KEDAH

81. ZAMZURITA @ ROSNI BINTI AB. RAHMAN SMK TAN SRI MOHAMED YAACOB, TANAH MERAH, KELANTAN

82. ZARINA BINTI HUSSAIN SMT KUANTAN, KUANTAN, PAHANG

83. ZARINA BINTI TAJOL ARUS SMK JELAPANG JAYA, IPOH, PERAK

84. ZUREE ZURAINEE BINTI ABD RAHIM SEKOLAH SERI SURIA, HULU LANGAT, SELANGOR

85. ZURIDA BINTI JAFFAR SM SRI KDU, PETALING JAYA, SELANGOR

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

6

TEMA 1 - MEREALISASIKAN IMPIAN

KITALAH JUARA! (HALAMAN 2 - 3)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan,
rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul.

AKTIVITI 1 - Imbas QR code dan mendengar lagu pasukan sorak. Persembahkan mengikut
kreativiti anda.

1. Imbas QR (halaman 2) dan dengar lagu pasukan sorak.

2. Kemudian sila jawab soalan-soalan di bawah ini.

a) Anda telah mendengar lagu sorak Rumah Suria, Rumah Segara,Rumah Buana dan

Rumah Purnama. Berdasarkan lagu tersebut, cari maksud peribahasa dan rangkai kata

berikut:

i. Pantang kalah : Tidak mahu menyerah

ii. Putih tulang jangan putih mata : Lebih baik mati daripada menanggung malu

iii. Usaha tangga jaya: Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menempa

kejayaan

iv. Bangkit semula: Bangun kembali

v. Onak dan duri: Cabaran dan dugaan

vi. Bak kesateria gagah berani: Seperti pahlawan yang perkasa

vii. Bisa berlari di lautan berapi: Dapat mengharungi bahaya

viii. Bagai aur dengan tebing: Saling bekerjasama

ix. Jikalau takut dilambung ombak: Sekiranya takut akan risiko,jangan dekati bahaya

x. Diam seribu bahasa: Tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun

xi. Bunga bangsa : Orang yang berjasa kepada negara

AKTIVITI 2 - Kemukakan pendapat anda tentang pasukan sorak.

Pasukan sorak atau cheerleading merupakan satu aktiviti fizikal dalam satu kumpulan yang
melibatkan sorakan sambil melakukan gerakan agresif seperti lompatan, lambungan, tarian dan
sebagainya. Kita biasanya akan melihat pasukan sorak ini menghiasi kejohanan sukan bagi
memberikan laungan semangat kepada para atlet yang bertanding. Jadi secara tidak langsung
peranan pasukan sorak tidak boleh dipandang sepi. Pada pendapat saya,kepentingan pasukan
sorak ialah :

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

7
a) memberikan semangat kepada atlet yang mewakili pasukan yang bertanding.
b) meningkatkan semangat berpasukan dalam kalangan penyokong.
c) mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penyokong.

AKTIVITI 3 - Cipta sorakan untuk rumah sukan anda dan persembahkannya.
Lirik lagu sorakan rumah sukan (ikut kreativiti)

Tajuk : Saga Sang Wira (menggunakan muzik lagu Keluang Man)
Saga .…
Memang kamilah perwira
Menjadi sang juara
Dalam aneka acara
Dengan kelajuan
Langkah pergerakannya
Menewaskan lawan
Yang memberi cabaran
Saga sang juara...

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

8

MENAWAN SAMUDERA (HALAMAN 4 - 5)

KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang
sesuai serta kepantasan yang wajar.

AKTIVITI 1 - Baca syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai
serta kepantasan yang wajar. (Rujuk petikan Kepentingan Sukan Air - ms 4 - 5).

Uji dengan soalan pemahaman berdasarkan petikan syarahan Kepentingan Sukan Air.
1. Berdasarkan bahan karangan syarahan Kepentingan Sukan Air, berikan maksud “jangka
hayat perenang” ( perenggan ke-3, baris 21).
Maksud jangka hayat perenang ialah tempoh masa penyelam.

2. Merujuk bahan karangan, apakah kepentingan Sukan Air?
- kekal sihat
- memiliki berat badan yang ideal
- memupuk nilai-nilai murni.

3. Kebanyakan sukan air memerlukan stamina, kecergasan fizikal, dan kecerdasan mental
sekali selain kemahiran khusus tentang sukan tersebut.
Pada pendapat anda, apakah aspek yang perlu dititikberatkan apabila melibatkan diri
dalam sukan air?
- kemahiran menggunakan peralatan sukan air
- peserta perlu mematuhi arahan yang diberikan.
- aspek keselamatan.

4. Pada suatu hari, anda terbaca satu iklan tentang penyertaan sukan air di peringkat sekolah.
Sebagai seorang individu yang berjiwa sukan, bagaimanakah anda dapat menarik minat
rakan-rakan dalam menyahut seruan untuk meningkatkan mutu sukan di sekolah?
- sebagai seorang rakan, saya akan mendedahkan kepentingan sukan air kepada rakan-
rakan.
- saya juga akan sentiasa memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada rakan
untuk mencuba sukan air ini.
- saya akan menghulurkan bantuan tunjuk ajar jika diperlukan oleh rakan-rakan dalam
latihan sukan air ini.
- saya akan bersikap positif / bersifat terbuka menyokong rakan saya jika terlibat dengan
sebarang aktiviti di sekolah.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

9

ASPEK TATABAHASA
SP: 5.1.1 - Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul
mengikut konteks.

AKTIVITI 2 - Kenal pasti bentuk kata tunggal dan kata majmuk. Kemudian menggunakan mengikut
konteks. (Rujuk ms 233 untuk senarai kata tunggal dan kata majmuk)

(TATABAHASA DEWAN – halaman 61-68 Kata Tunggal, halaman 73-75 Kata Majmuk)

1. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak
mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal.

2. Dua jenis kata tunggal
(i) kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata
(ii) kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih

3. Terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan seperti itu, ini, situ , sana
namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan
menjadi bentuk terbitan.

KATA MAJMUK
1. Proses pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang
terhasil membawa makna tertentu.

2. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh
menerima sebarang penyisipan unsur lain.

3. Kata majmuk dipisahkan kepada tiga kelompok:
(i) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas
• gambar rajah, alat tulis, bandar raya, tengah hari, kapal terbang, terima kasih, merah muda
• termasuk gelaran – Perdana Menteri, Naib Canselor, Raja Muda, Setiausaha Politik

(ii) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus
• hak milik, pita suara, darah panas, kemas kini, cari gali, reka bentuk, garis pusat, lut sinar

(iii) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa
• kaki ayam, anak emas, berat tangan, duit kopi, makan angin, pilih kasih, buta hati

KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP
Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannnya sudah mantapbdan dianggap satu

perkataan yang utuh walaupun bentuk kata tersebut mengandungi dua kata dasar. Perkataan itu

dieja satu perkataan.

1. antarabangsa (Apek) 9. pesuruhjaya (perempuan)

2. beritahu (bawa) 10. sukarela (suka)

3. bumiputera (bakul) 11. suruhanjaya (senyum)

4. jawatankuasa (jalan) 12. setiausaha (senyum)

5. kakitangan (kiri) 13. tanggungjawab (tak)

6. kerjasama (kanan) 14. tandatangan (tentu)

7. matahari (macam) 15. warganegara (waktu)

8. olahraga (orang)

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

10

CONTOH AYAT KATA TUNGGAL
1. Bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan mampu meringankan beban para peniaga kecil
yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
2. Ramai penonton bersorak dan memberikan tepukan gemuruh kepada para peserta acara lari
dalam guni yang semakin hampir ke garisan penamat.
3. Pergerakan badan dengan cara mendaki, memanjat dan menurun bukit merupakan aktiviti
terbaik bagi meningkatkan stamina badan serta merehatkan minda.
4. Seluruh rakyat Malaysia hendaklah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini agar negara
akan segera bebas daripada ancaman virus berbahaya ini.

CONTOH AYAT KATA MAJMUK
1. Pemilik resort itu menawarkan selam skuba sebagai aktiviti utama dalam tempoh percutian
kepada setiap pelancong.
2. Pelanggan dinasihati menempah lebih awal kerana aktiviti luncur udara bergantung kepada
cuaca semasa.
3. Ayah membina luncur air sepanjang satu kilometer di tanah peninggalan arwah nenek.
4. Sukan luncur jet menuntut pengguna untuk mengenakan jaket keselamatan.

AKTIVITI 3 - Terokai maklumat lanjut tentang kepentingan sukan air kepada negara dan
persembahkannya dalam bentuk syarahan.

PENGENALAN SUKAN AIR
Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia diliputi air. Pada zaman

dahulu, penempatan manusia terletak di pinggir laut atau sungai. Hal ini disebabkan manusia
memerlukan air untuk kegunaan harian dan bercucuk tanam. Kemudian, sungai dan laut dijadikan
jalan perhubungan yang dikenali sebagai jalan air.

Di negara kita, keadaan yang sama berlaku. Bandar-bandar yang awal kebanyakannya
terbina di pinggir laut atau di muara-muara sungai. Semua masyarakat di dunia menggunakan
jalan air. Sejak zaman dahulu kala lagi jalan air telah menjadi jalan utama. Pengangkutan air
merupakan pengangkutan kedua terpenting selepas pengangkutan darat. Nenek moyang kita telah
menggunakan jalan air ini untuk berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan alat
pengangkutan purba. Jalan air yang paling popular digunakan pada zaman dahulu ialah sungai.
Sungai-sungai ini berperanan menghubungkan kawasan hulu dan hilir.

Orang Melayu pada zaman dahulu menggunakan rakit, perahu dan sampan. Mereka akan
berdagang ke kawasan-kawasan lain menggunakan sampan dan rakit. Mereka menghilir ke
muara-muara sungai yang besar. Orang Melayu zaman dahulu akan menjual barangan mereka
kepada pedagang-pedagang di muara-muara sungai tersebut. Antara alat pengangkutan air yang
dicipta oleh orang zaman dahulu ialah rakit. Rakit masih digunakan sehingga ke hari ini di daerah-
daerah pedalaman. Seterusnya pengangkutan yang lebih sempurna daripada rakit ialah perahu.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

11

Perahu dibuat daripada kayu cengal. Kayu cengal diperoleh di kawasan hutan hujan tropika. Di
negara ini terdapat perahu-perahu seperti Perahu Payang, Perahu Kolek, Kolek Gelibat, Kolek
Kueh, Perahu Bedor, Perahu Dogol dan Perahu Jalaror. Sejak dahulu lagi manusia mengetahui air
sebagai sumber pengangkutan yang paling mudah. Namum begitu, terdapat empat peringkat yang
terpaksa dilalui sebelum penggunaan enjin diperluaskan. Antaranya:
i) Mengikut aliran sungai.
ii) Menggunakan tenaga.
iii) Tiupan angin.
iv) Enjin.

KEPENTINGAN SUKAN AIR
Dalam tempoh RMKe-9, pembangunan sukan diberikan perhatian. Pembangunan sukan akan
menekankan kepada penambahbaikan institusi dan organisasi untuk meningkatkan
profesionalisme dan menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan. Selain sukan di
darat dan sukan bermotor, sukan air harus dititikberatkan.

A. Memperkukuh jentera sukan negara dan keupayaan institusi persatuan sukan air untuk
menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan air.
 Sektor swasta digalakkan untuk melengkapi usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan

sukan dan rekreasi di kawasan yang akan dibangunkan untuk tujuan kediaman, komersil dan
perindustrian. Satu rancangan jangka panjang mengenai penyediaan dan pengurusan
kemudahan sukan dan rekreasi oleh sektor awam dan swasta akan digubal. Di samping itu,
perkongsian dengan sektor swasta akan dipergiat bagi membantu usaha mengenal pasti
bakat muda serta menyedia peluang yang lebih kepada generasi muda menyertai aktiviti
sukan air.

B. Membangunkan budaya kesukanan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pelaksanaan
pelbagai program sukan air.
 Pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan air akan dianjurkan untuk terus

meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan. Sebagai sebahagian usaha untuk
menggalakkan penyertaan yang lebih ramai dalam aktiviti sukan, beberapa kemudahan sukan
sedia ada di peringkat negeri dan daerah akan dinaik taraf.

C. Senjata baharu pelancongan
 Kebelakangan ini, kebanyakan belia menggilai sukan air yang lasak seperti meluncur air.

Pelibatan mereka dalam pertandingan sukan air antarabangsa dapat menarik perhatian
negara luar. Nama negara kita akan harum sekiranya wakil sukan air negara kita memperoleh
johan. Secara tidak langsung, nama dan tempat menarik negara kita akan menjadi terkenal
dan sektor pelancongan dibangunkan.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

12
D. Menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan dan rekreasi.
 Program baharu yang berasaskan kekuatan dan ketahanan yang boleh menarik penyertaan
lebih ramai dalam kalangan belia akan diperkenal. Bagi mempromosi manfaat mengekalkan
gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan orang ramai, lebih banyak program kesedaran
seperti kempen, program pendidikan kecergasan dan kalistenik di tempat kerja dan taman
awam akan diteruskan. Program gaya hidup aktif akan diteruskan bagi membolehkan belia
terutamanya di peringkat akar umbi menyertai acara sukan. Di bawah program ini, semua
aktiviti sukan termasuk sukan bermotor, sukan air dan sukan udara akan digalakkan dengan
sokongan sektor korporat melalui penajaan mereka. Program dan aktiviti ini akan
menyumbang kepada pertumbuhan industri sukan.
Sumber: //sukanairhs20.blogspot.com/2012/04/dsasdh.html
1. Murid diminta menyediakan teks syarahan berdasarkan maklumat yang diberikan.
2. Murid mempersembahkan syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai
serta kepantasan yang wajar.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

13
JUTAWAN SUKAN (HALAMAN 6 - 7)

KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai
kata, dan ungkapan dengan betul mengikut konteks.

AKTIVITI 1 - Analisis maklumat dalam bahan dan kenal pasti kata, istilah, rangkai kata, dan
ungkapan dengan betulnya mengikut konteks.

Bil Kata / Istilah / Rangkai kata Maksud

1 e-sukan sukan elektronik

2 atlet orang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan

3 permainan video permainan interaktif bagi komputer atau mesin permainan

berkomputer yang memerlukan kemahiran, kecekapan

bertindak dan strategi bermain. Pemain biasanya bermain

dengan menggunakan peranti pemilih seperti kayu bidik,

bola jejak atau butang untuk mengawal objek paparan

grafik.

4 peraturan pertandingan segala yang telah ditentukan dan mesti diturut dalam

perlumbaan atau persaingan untuk mencapai kejayaan.

5 semangat kesukanan kemahuan untuk melakukan sesuatu dalam hal-hal yang

berkaitan dengan sukan.

6 misi utama tugas khusus yang merupakan tanggungjawab yag penting

sekali bagi seseorang atau sesuatu kumpulan

7 peminat orang berminat terhadap sesuatu, penggemar

8 pendapatan yang lumayan hasil pencarian yang agak banyak

9 mengharumkan nama negara menyebabkan mendapat nama baik bagi kumpulan

masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan

10 kriteria ukuran untuk menentukan nilai sesuatu sama ada baik atau

buruk / ciri

AKTIVITI 2 - Bina ayat bagi membezakan makna kata, istilah, rangkai kata dan ungkapan dengan
betulnya mengikut konteks yang berbeza.

1. Kementerian Belia dan Sukan telah mengiktiraf e-sukan sebagai satu sukan yang kompetitif di
peringkat global.

2. Atlet sukan itu telah memenangi anugerah Olahragawan Terbaik pada tahun 2020.
3. Permainan video banyak disertai oleh para remaja untuk memenuhi masa lapang mereka.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

14

4. Peserta telah diberikan taklimat mengenai peraturan pertandingan satu jam sebelum
pertandingan dimulakan.

5. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para penyokong Johor melalui lagu Ale-Ale
Malaysia membuatkan suasana stadium itu meriah.

6. Misi utama saya adalah untuk mendapatkan kecemerlangan dalam bidang akademik bagi
mencapai masa depan yang cerah.

7. Peminat Neelofa sangat teruja apabila artis kegemaran mereka itu berkahwin dengan PU Riz.

8. Dalam suasana ekonomi yang sangat mencabar ini, kita perlu lebih berusaha dengan gigih bagi
meraih pendapatan yang lumayan.

9. Amalina Che Bakri telah mengharumkan nama negara kerana telah bergelar doktor pakar
bedah pada usia yang sangat muda.

10. Antara kriteria yang perlu dipatuhi untuk memohon jawatan dalam bidang ketenteraan ialah
mempunyai kecergasan fizikal yang baik.

AKTIVITI 3 - Terokai maklumat lanjut tentang e-sukan dan tulis laporan.

LAPORAN MENGENAI BIDANG e-SUKAN di MALAYSIA

Bidang e-Sukan merupakan salah satu arena yang mendapat sambutan yang hangat dan
meningkat dalam tempoh yang pendek sahaja. Melihat potensi dalam bidang e-Sukan yang dapat
menawarkan pertandingan kompetitif bertaraf antarabangsa yang mampu memberikan manfaat
kepada belia dan negara, Malaysia dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membantu
dalam pembangunan e-Sukan di Malaysia. Permainan ini semakin digemari oleh para remaja dan
anak muda apatah lagi bidang ini mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan.

Menurut menteri KBS, Pelan Strategik Pembangunan e-sukan telah mendapat suntikan
dana daripada kerajaan sebanyak RM20 Juta melalui Bajet 2020 yang berlangsung tidak lama
dahulu. Beliau juga berharap dana ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan
pembangunan e-Sukan di tanah air. Objektif utama KBS adalah melahirkan atlet dalam kalangan
belia yang profesional dan kompetitif di setiap peringkat dan bercadang untuk menganjurkan
sistem liga bagi e-sukan. Dengan usaha tersebut, mereka yakin dapat mencari atlet yang berdaya
saing untuk membentuk pasukan baharu bagi mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

Hala tuju e-sukan nampaknya boleh berkembang dengan baik dengan pelibatan kerajaan
dalam pelan strategik lima tahun dari 2020-2025. Bidang e-Sukan tidak lagi asing di Malaysia
kerana pada tahun lepas, Malaysia diiktiraf dalam industri ini kerana berjaya menganjurkan
pertandingan di peringkat global seperti Kuala Lumpur Major Dota 2, Mobile Legends World
Championship 2019 dan World Esports Games (WESG). Sukan SEA 2019 dan Sukan Asia 2022

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

15

buat kali pertama akan mempertandingan acara e-sukan untuk pingat. Justeru, rakyat Malaysia
tidak sabar untuk melihat prestasi atlet e-sukan tempatan untuk mengharumkan nama negara di
peringkat dunia kelak.

Dalam permainan e-Sukan, para pemain selalunya akan dibayar apabila bermain
permainan video tersebut. Seterusnya, permainan DOTA ialah salah satu contoh permainan sukan
elektronik yang paling popular dan telah mencungkil ramai bakat dalam sukan ini. Dengan
kemunculan versi terbaru, DOTA 2 merancakkan arena e-Sukan bukan sahaja di Malaysia malah
di serata dunia terutama negara-negara yang menyambut baik sukan elektronik seperti Amerika
Syarikat dan China.

Sukan elektronik sebenarnya telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dari hari ke
hari serta sokongan dari pelbagai pihak swasta dan kerajaan. Justeru, satu badan yang memantau
sukan elektronik telah melancarkan e-Sport Malaysia atau ESM yang didaftarkan atas sokongan
FELDA sendiri serta ASUS Malaysia selaku jenama peralatan yang disyorkan pada Disember
2014 dengan objektif untuk menaik taraf sukan e-Sukan di Malaysia.

Oleh itu, visi menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub sukan bertaraf dunia, ESM telah
didaftarkan oleh Suruhanjaya Sukan Malaysia. Tujuan utama ESM ditubuhkan adalah untuk
memastikan sukan e-Sukan terus bertapak di Malaysia dengan dasar membentuk standard e-
Sukan, melatih dan mendidik pemain, membantu meningkatkan taraf permainan, mendapatkan
pengiktirafan antarabangsa dan menjaga kebajikan ahli.

Melalui pengiktirafan ini, orang ramai akan lebih yakin untuk menceburi sukan elektronik
tanpa risau akan masa depan kerjaya mereka dalam arena tersebut. Selain itu, sebuah sekolah di
Norway telah menawarkan kursus e-Sukan kepada para pelajarnya, membuktikan sukan elektronik
merupakan sebuah bidang yang berdaya saing dari sudut positif.

Negara Malaysia perlu mencari jalan agar dapat memanfaatkan e-sukan demi
meningkatkan mutu pendidikan negara. Terdapat lapan universiti di Malaysia yang menawarkan
dan mempunyai kelab e-Sukan, antaranya ialah Uitm Shah Alam dan Universiti Putra Malaysia.
Kesemua kelab e-sukan di institut pengajian tinggi ini mempunyai hubungan rasmi dengan
persatuan Sukan Elektronik Malaysia, ESM.

Sukan elektronik atau e-sport adalah seperti pisau, kalau disalah guna menjadi tidak baik,
tetapi kalau digunakan secara berhemah akan menjadi satu alatan untuk menambah ilmu. Oleh itu,
kita perlu bijak untuk menilai dan harus memandang sisi positif lebih daripada sisi negatif dalam
bidang e-sukan ini. Seperti sedia maklum, sukan elektronik merupakan salah satu industri yang
besar dengan pelbagai syarikat menyokongnya, di samping ramai pemain antarabangsa
menjadikan e-sukan sebagai kerjaya serius.

Akhir sekali, aspek-aspek penilaian bagi pemain sukan tradisional dan e-sport tidak banyak
perbezaannya. Aspek yang dinilai persamaannya adalah seperti kemahiran berkomunikasi
berkumpulan, perancangan strategi dan juga taktik permainan. Seharusnya kita tidak perlu ragu-
ragu akan sukan elektronik yang seakan tidak mendatangkan faedah langsung kepada industri lain

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

16
selain e-sukan itu sendiri. Hal ini disebabkan aplikasi yang terdapat di dalam sukan elektronik
sebenarnya dapat diguna pakai dalam bidang lain seperti ketenteraan, penjelajahan kawasan
baharu bahkan dalam sukan tradisional. Malah, e-sukan baik bagi pembangunan ilmu
pengetahuan, teknologi dan kemahiran golongan belia.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
____ALI_____
ALI BIN ABDULLAH,
Pelajar 4 Azam,
SMK Paduka Tuan, Segamat, Johor.
Sumber rujukan:
//bijaktech.com/2019/11/objektif-kementerian-belia-dan-sukan-melahirkan-atlet-e-sukan/
//ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_elektronik
//himpunanceritalawak.com/2017/09/18/apa-sebenarnya-maksud-e-sukan/

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

17

LAUTAN API KURENANGI (HALAMAN 8 - 9)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul.

AKTIVITI 1 - Dengar, fahami, dan tuturkan bahan dalam pelbagai ujaran dengan betulnya.

1. Nyatakan definisi berenang.

Definisi berenang ialah pergerakan di dalam air dari satu titik poin ke titik poin yang lain dengan
menggunakan pelbagai gaya untuk bergerak termasuk terapung di belakang badan sambil
menguiskan tangan.

2. Berikut ialah empat aspek keselamatan di air, kecuali :
A. Papan tanda yang tiada
B. Keadaan cuaca
C. Keadaan arus yang deras
D. Warna air yang keruh

3. Berikut merupakan aspek keselamatan yang perlu diambil kira setelah tiba di badan air,
kecuali :
A. Jangan terjun dahulu
B. Lakukan pemerhatian dahulu
C. Jangan berenang bersendirian
D. Kenal pasti kedalaman air

4. Berikan lima perkara penting yang perlu diketahui sebelum belajar berenang.
- Belajar cara-cara untuk masuk ke dalam air
- Mengambil perhatian tentang aspek keselamatan di air
- Bernafas dengan betul di dalam air
- Mengetahui tatacara berjalan di dalam air
- Belajar cara mengapungkan diri

5. Bagaimanakah cara bernafas yang betul di dalam air?
Kaedah bernafas yang betul di dalam air ialah semasa berada di permukaan air, tarik nafas
dalam-dalam melalui mulut dan tahan. Manakala semasa di dalam air, lepaskan nafas yang ada
di rongga dada melalui hidung atau mulut sedikit demi sedikit. Jangan tarik nafas melalui hidung
seperti di darat.

6. Mengapakah kita perlu berjalan menyenget seperti ketam apabila di dalam air?
Kita perlu berjalan menyenget seperti ketam untuk mengurangkan rintangan.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

18

AKTIVITI 2 - Terokai maklumat lanjut dengan panduan asas berenang dan laporkan secara lisan.

1. Pakaian asas. Bagi yang baru hendak belajar berenang, seeloknya dapatkan pakaian yang
bersesuaian. Ada pakaian renang yang dijual di kedai-kedai sukan untuk digunakan. Memakai
pakaian sesuai memudahkan kita untuk melakukan aktiviti renang. Selain itu
dapatkan goggles untuk berenang bagi memudahkan pemandangan kita di dalam air.

2. Lokasi sesuai. Jika ingin belajar berenang anda perlu dapatkan lokasi yang selamat.
Seeloknya berenang di kolam renang yang memang khas untuk latihan. Ikut juga paras ketinggian
anda. Jika anda rendah, masuk ke kolam yang rendah. Jangan terus pergi ke kolam yang dalam.
Pasti sukar untuk anda dan mungkin boleh tenggelam. Sekarang ni, terdapat banyak kawasan
kolam untuk orang awam dan anda perlu membayar beberapa ringgit sahaja untuk masuk ke
kolam tersebut.

3. Dapatkan latihan pakar. Bagi yang langsung tidak tahu berenang seeloknya dapatkan latihan
oleh pakar. Mereka ada mengenakan sedikit bayaran. Jangan malu walaupun anda telah berumur
dan yang lainnya ialah kanak-kanak. Hendak belajar kena buang perasan malu itu jauh-jauh. Dari
segi bayaran, bergantung kepada tenaga pengajar itu. Anda boleh merujuk laman web atau
mereka yang pernah mengambil kelas renang tersebut.

4. Belajar buat bubble. Ini perkara asas yang perlu dilakukan sebelum melakukan renangan bagi
orang baharu. Anda kena belajar bernafas di dalam air. Kebiasaannya, ramai yang bernafas
menggunakan mulut tetapi jangan pula membuka mulut. Sebelum masuk ke dalam air, pastikan
anda telah mengambil oksigen dengan cukup. Menyelam dan keluarkan bubble secara sekata
selama tiga kali. Untuk kali keempat, lepaskan bubble yang banyak dan cuba lepaskan badan
anda. Jika berjaya, anda akan terasa seperti terapung. Kenapa? Hal ini kerana dengan bubble
tersebut membantu anda untuk terapung di air.

5. Melonggarkan tangan dan kaki. Ini perkara asas untuk kita terapung di air. Jika tubuh badan
berada dalam keadaan yang keras, sukar untuk terapung dan kita akan tenggelam. Untuk
terapung ini, kita perlu relaks dengan secukupnya. Jangan takut akan air dan kawal bubble
tersebut. Sambil itu boleh kayuh kaki dengan lembut dan lurus. Insya-Allah, dengan latihan yang
kerap, ia boleh dilaksanakan.

6. Mengambil nafas. Selepas terapung anda juga perlu mengambil nafas ketika berenang. Hai ini
bagi memastikan anda dapat mengawal stamina dan dapat melakukan renangan yang jauh. Ada
juga orang yang boleh berenang tetapi tidak mampu terapung, namun sukar bagi mereka untuk
berenang dalam jarak yang jauh.

7. Kayuhan kaki dan tangan. Anda perlu mengawal kayuhan kaki dan tangan agar sekata. Kalau
sebelah lebih, laluan anda akan terpesong dari haluannya.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

19
8. Pastikan anda sihat ketika berada di dalam air. Elakkan masuk ke dalam air ketika dalam
keadaan tidak sihat kerana boleh mengganggu pernafasan anda.
9. Jangan berenang dalam keadaan cuaca yang teruk. Kalau hujan dan guruh, teruslah keluar
walaupun anda baru beberapa saat berada di dalam kolam. Nyawa lebih penting daripada
berenang.
10. Elakkan makan terlalu banyak sebelum berenang. Seperti juga aktiviti yang lain, makan
yang banyak tidak elok ketika beriadah.
Okay, itu serba sedikit mengenai perkara asas dalam renang yang perlu anda tahu.
Video di bawah menunjukkan cara untuk melaksanakan aktiviti 2.
//www.youtube.com/watch?v=WaBliJL-DDY

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

20

TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA (HALAMAN 10 - 11)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.1.2 Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.

AKTIVITI 1 - Baca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. (Rujuk teks skrip
drama Bukan Halangan ms 10 - 11).

ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

AKTIVITI 2 - Kemukakan pandangan peribadi anda yang bersesuaian dengan persoalan yang

terdapat dalam drama tersebut.

:
1. Baca petikan drama Bukan Halangan, kemudian jawab soalan-soalan di bawah ini.

i) Berikan maksud rangkai kata separuh jalan. [2 markah]
- setengah laluan

ii) Mengapakah Dahlia menolak untuk menyertai pertandingan tenis peringkat

kebangsaan? [3 markah]

- peperiksaan sudah dekat

- tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran

- takut gagal dalam pelajaran

iii) Apakah yang menghairankan mama (Puan Ros) ? [3 markah]

- Lia berubah 360 darjah

- Lia pernah mengatakan bahawa banyak atlet wanita berjaya dalam sukan dan

pelajaran

- Lia juga mengatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalan

iv) Andaikan anda rakan baik kepada Dahlia, bagaimanakah anda dapat membantunya

dalam mengatasi masalah tersebut? [4 markah]

- memberikan semangat dan sokongan supaya dia meneruskan cita-citanya

- berjanji untuk belajar bersama-sama dan akan membuat salinan nota subjek

yang dia tertinggal/ menubuhkan kumpulan belajar.

- memujinya dengan mengatakan selama ini dia dapat menyeimbangkan antara

akademik dengan kokurikulum supaya dia tidak risau

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

21
Latihan Tambahan
i) Berikan maksud peribahasa di bawah ini:
a) Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun.
- belum ada pengalaman/ belum ada pengalaman sudah hendak melawan
orang yang lebih tua
b) Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
- jika ada keinginan sudah pasti ada cara penyelesaiannya
AKTIVITI 3 - Sambung skrip drama ini dan persembahkannya mengikut kreativiti anda.
Cadangan Aktiviti:
1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.
2. Setiap kumpulan menyambung skrip drama mengikut kreativiti masing-masing.
3. Kemudian, mereka melakonkan drama berdasarkan skrip yang dicipta.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

22
BACAAN LUAS: MENYUSURI PULAU INSPIRASI (HALAMAN 12 - 13)
AKTIVITI 1 - Kenal pasti lokasi tempat yang dinyatakan dalam bahan pada peta Tasmania. (Rujuk
petikan ms 12 - 13 dan tandakan lokasi tersebut pada peta di bawah).

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

23
AKTIVITI 2 - Terokai tempat-tempat menarik lain di Tasmania dan persembahkannya
menggunakan peta tersebut.

Rujukan tempat menarik di Tasmania:
//ms.topworldtraveling.com/articles/travel-guides/15-best-places-to-visit-in-tasmania-australia.html
//ms.tripnholidays.com/1782-tasmania-aus-tas-tas-ms

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

24

TEMA 2 – INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

NUTRIEN UNTUK MINDA (HALAMAN 16 - 17)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan,
rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul.

AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, dengar dan kenal pasti perkataan yang berbeza sebutan.
Kemudian, ujarkan ayat yang menggunakan perkataan tersebut. (Imbas kod QR untuk mendengar
bahan)

AKTIVITI 2 - Kenal pasti rangkai kata, istilah dan ungkapan yang terdapat dalam bahan dan
gunakannya dalam perbualan.

Petikan bahan yang diimbas

Aku menyemak latihan bina ayat yang dibuat oleh murid-muridku. Aku capai satu lagi buku latihan

dan terpandang nama di kulit buku…Muhammad Haikal bin Imran. Nama itu mengingatkan aku

tentang seseorang yang bernama Haikal juga. Peristiwa ini kekal dalam ingatanku.

Aku melihat Haikal sendirian di bawah pohon rendang pada waktu rehat sedangkan rakan-

rakannya yang lain menikmati juadah di kantin. Rupa-rupanya, Haikal tidak membawa duit saku

atau bekalan makanan. Oleh sebab itu, setiap kali waktu rehat dia akan duduk di situ membaca

buku.

Selepas peristiwa itu, aku membawakan bekal untuk Haikal. Aku hanya membantu sekadar

yang termampu. Haikal pula pada waktu itu bagai yang disebut dalam peribahasa Melayu, “orang

haus diberi air, orang lapar diberi nasi”. Bantuan itu memang diperlukannya. Sekarang Haikal telah

bekerja. Dia menjadi Pegawai Dietetik di sebuah hospital kerajaan. Pada petang semalam, sedang

aku menonton televisyen di ruang tamu sambil melipat kain pelekat, Haikal datang ke rumahku.

Haikal Kalaulah dahulu saya bena tak bena terhadap nasihat cikgu, tentu saya tidak akan

berjaya seperti sekarang.

Cikgu Haikal pun murid yang rajin dan mendengar kata. Nasihat cikgu tidak terbang di angin

lalu sahaja. Haikal tidak menganggap nasihat cikgu hanya menyemak fikiran. Eh,

yang di tangan Haikal itu apa?

Haikal Oh, ini pelekat tentang pemakanan sihat! Cikgu boleh berikan pelekat ini kepada

murid- murid. Pelekat ini boleh ditampal di mana-mana sebagai peringatan tentang

pemakanan sihat. Bukankah cikgu dahulu selalu mengingatkan saya agar menjaga

pemakanan?

Cikgu Ha, ha, ha! Ya, cikgu masih ingat.

Haikal Cikgu memang arif tentang pemakanan. Saya pula suka makan rendang daging

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

25 tetapi cikgu larang saya makan banyak-banyak. Kata cikgu, pengambilan minyak
yang banyak tidak baik untuk kesihatan.
Cikgu Semua itu untuk kebaikan Haikal juga. Bukankah Haikal gemar bernyanyi duet
Haikal dengan Farisha? Nanti rosak pula suara Haikal yang merdu itu.
Cikgu Ah, ada-ada saja cikgu ini!
Cikgu bergurau saja. Selain rendang, minuman yang ada kafein juga cikgu minta
Haikal Haikal kurangkan. Minuman berkarbonat pula tidak dibenarkan sama sekali.
Masakan cikgu pula tidak mengandungi perasa tiruan atau monosodium glutamat
(MSG) langsung.
Terima kasih cikgu kerana memberikan tuntun yang baik kepada saya. Jasa cikgu
amat saya hargai.

AKTIVITI 3 - Terokai perkataan-perkataan lain yang berbeza sebutan dan bina dua ayat yang
menunjukkan perbezaan makna dengan perkataan tersebut.

Bil Homograf Homofon
(Perkataan yang ejaannya sama tetapi (Perkataan yang ejaannya berbeza tetapi
sebutannya berbeza) sebutannya hampir sama)
Telur
1 Bela
-benda yang mengandungi lembaga anak
-menjaga/memelihara
Contoh: Alif membeli telur di kedai runcit
Contoh: Kambing itu saya bela sejak kecil
pada petang semalam.
lagi.

-tuntut/membalas balik Telor

Contoh: Maruah keluarga akan saya bela -tidak dapat mengucapkan kata-kata dengan

demi membersihkan nama keluarga yang sebutan yg betul

tercemar. Contoh: Apabila mendengar telor

percakapan gadis itu, kami merasakan dia

bukanlah orang Melayu.

2 Perang Gulungan

-perkelahian (pertempuran dll) dgn -lipatan berbentuk bulat torak

menggunakan senjata antara negeri dengan Contoh:

negeri dll Mak Timah menyimpan gulungan

Contoh: Perang antara negara Amerika permaidani itu di dalam stor.

Syarikat dengan Iraq sudah tamat.

Golongan

-merah yang kehitam-hitaman (kekuning- -kumpulan, kelompok

kuningan) Contoh: Golongan siswazah digalakkan

Contoh: Rambut budak perempuan itu menambah ilmu kemahiran mereka.

berwarna perang.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

26

3 Reda Tempoh

- semakin beransur / berkurangan - waktu , jangka masa

Contoh: Ayah berteduh di pondok durian Contoh: Pegawai itu hampir tamat tempoh

sementara menanti hujan reda. perkhidmatannya dengan kerajaan.

- dengan rela hati / ikhlas Tempuh
Contoh: Walaupun sedih atas kehilangan - harungi, lalui
Contoh: Segala halangan berjaya saya
suaminya, Aminah reda dengan qada dan tempuh sepanjang aktiviti lasak itu.

qadar Ilahi.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

27

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA (HALAMAN 18 - 19)

KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul
daripada pelbagai bahan primer.

AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya. Kemudian, kenal pasti dan jelaskan maklumat yang
terkandung dalam bahan tersebut.

Komunikasi Lisan :

Bahan 1
 Soal jawab dengan Profesor Dr. Kyoko Funada.

 2 buah universiti di Jepun yang menawarkan jurusan Bahasa Melayu iaitu ;
 Setsunan University di Osaka.
 Tokyo University of Foreign Studies di Tokyo.

 20 universiti mengajarkan bahasa melayu sebagai bahasa asing.
 10 buah sekolah mempunyai mata pelajaran Bahasa Melayu.
 Program bahasa Melayu bermula sejak tahun 1908 di Tokyo Gaikokoku-Go Gakko.
 Aspek bahasa yang dipelajari termasuklah tatabahasa, membaca, mendengar dan

berbicara.
 Aspek lain yang dipelajari berkaitan budaya, kesenian, sosial politik, ekonomi, antropologi

dan geografi Malaysia.
 Aktiviti bahasa yang dijalankan seperti pertunjukan sandiwara dan pidato.
 Pelajar suka belajar bahasa Melayu kerana;

 Mereka ingin tahu tentang Malaysia.
 Kesan apabila mempelajari bahasa Melayu;

 Hubungan Jepun dan Malaysia menjadi lebih akrab.
 Pengetahuan tentang Malaysia dapat diperdalamkan.
 Memudahkan mereka mendapat rakan berbangsa Melayu
 Profesor Dr. Kyoko berharap ;
 Semoga institusi yang mengajarkan bahasa Melayu di Jepun akan bertambah.
 Makin ramai rakyat Jepun yang mempelajari bahasa Melayu untuk mempereratkan

hubungan Malaysia dan Jepun.

Bahan 2
 Rencana : Bahasa Melayu Mekar di Bumi Uzbekistan.

Penulis : Erkin Bekkulov Raimovich.
 Berasal dari Uzbekistan
 Sejarah Pendidikan - Tashkent State Institute of Oriental Studies (TSIOS).

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

28

 Sarjana Muda tahun 2008 - 2013
 Sarjana tahun 2013 - 2015.
 Sejarah Perkhidmatan.

 2013 - Guru Bahasa Melayu di Uzbekistan State University of World Language.
 2015 - Guru Bahasa Melayu di TSIOS.

 Sebab berminat dalam bahasa Melayu ;

 Bahasa Melayu mudah dipelajari berbanding bahasa asing lain.
 Terdapat persamaan antara bahasa Melayu dengan bahasa Uzbek dari segi kata

pinjaman bahasa Arab dan Parsi.

 Bahasa Melayu belum terkenal di rantau Asia Tengah berbanding bahasa Cina,

Korea dan Jepun.

 Pandangan tentang bahasa Melayu.

 Bahasa yang menarik - penggunaan kata kerja tidak berubah mengikut masa.
 Pelajar beliau berminat kerana terdapat persamaan bahasa Melayu dengan bahasa

Uzbek seperti dunia, sabun dan alam.

 Sambutan pelajar Uzbek terhadap bahasa Melayu sangat menggalakkan dan mereka

sangat komited untuk bertutur dan menulis

 Harapan terhadap bahasa Melayu ;

 Pelajar dapat mendalami budaya, sastera dan sejarah Malaysia.
 Mengucapkan terima kasih kepada universiti di Malaysia kerana menghantar tenaga

pengajar untuk membantu pengajaran bahasa Melayu.

AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, huraikan pandangan anda tentang pengajaran bahasa Melayu di

luar negara.
 Pengajaran bahasa Melayu semakin berkembang luas di luar negara.
 Ramai pelajar luar negara berminat dalam mempelajari bahasa Melayu.
 Bahasa Melayu mudah dikuasai dan dipelajari oleh pelbagai bangsa di dunia.
 Pelbagai aktiviti bahasa dapat dilaksanakan oleh pelajar asing seperti pentas sandiwara dan

pidato.
 Pengajaran bahasa Melayu di luar negara turut dibantu oleh tenaga pengajar dari Malaysia.
 Bahasa Melayu mampu bersaing dengan bahasa-bahasa asing di luar negara.

AKTIVITI 3 - Lakonkan aktiviti promosi untuk menggalakkan murid mempelajari bahasa asing

dengan menggunakan bahasa yang menarik.

Farrabi Salam keilmuan, Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang dikasihi.

Hawa Salam keilmuan jua buatmu sahabat. “eotohke jineseyo” (apa khabar)

Diana Salam keilmuan buat bro Farrabi. Apa khabar?
Farrabi Alhamdulillah, Diana, Hawa. Saya sihat sejahtera.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

29

Diana Farrabi, lama tak nampak kamu.
Farrabi Oh, ya ke! Rindu kat saya ya.
Diana Ya, memang rindu. Rindu antara sahabat dengan sahabat. Tak lebih daripada itu.
Hawa Bagaimana dengan pengajian kamu?
Farrabi Alhamdulillah, pengajian saya akan tamat dua bulan lagi. Buat masa ini saya ambil
Diana subjek bahasa asing iaitu belajar bahasa Arab.
Farrabi Bahasa Arab? Mengapa ambil bahasa Arab?
Mengapa terkejut Diana? Bahasa Arab ini sangat mudah dipelajari. Banyak
Hawa perkataan dalam bahasa Arab terdapat dalam bahasa Melayu sebagai kata pinjaman
Diana seperti solat, fatwa, halal,doa, ibadah dan sebagainya. Hawa belajar bahasa apa?
Hawa Saya ambil subjek bahasa Korea sebagai subjek bahasa asing.
Dah berapa lama kamu belajar bahasa Korea?
Farrabi Dah tiga bulan. Seronok belajar bahasa Korea ni. Bila saya tengok cerita Korea
Hawa dalam televisyen, saya dapat faham jalan ceritanya. Saya tak perlu baca sarikata
di bawahnya.
Diana Betul tu, saya pun dah faham maksud ayat Quran yang saya baca. Bolehlah
bercakap Arab sikit-sikit.
Farrabi Ya, Farrabi. Seronok belajar bahasa asing ni. Diana, jomlah kita belajar bahasa
Hawa asing.
Diana Sangat mengujakan saya. Saya nak belajar bahasa Jepunlah. Saya berhasrat
Untuk melancong ke sana. Saya kagum dengan budaya kerja dan adab orang
Farrabi Jepun.
Hawa Hasrat yang baik tu Diana. Teruskan. Banyak kelas bahasa Jepun yang boleh
kamu sertai. Nanti, saya dan Hawa boleh melancong ke Jepun dengan awak.
Wah! Sedikit masa lagi kita dah dapat berbual dalam tiga bahasa. Kita boleh
berkongsi ilmu untuk mendalami bahasa Arab, Korea dan Jepun.
Betul tu Hawa…belajar bahasa asing ini tidak merugikan kita malah menjadikan
kita lebih bernilai dan berpengetahuan.
Oklah, sahabat. Terima kasih sudi berdiskusi pagi ni. Kita jumpa lagi di lain masa.
Teruskan usaha mendalami bahasa asing ya.
Baiklah, Farrabi. ”mannaso bangawo” (seronok jumpa kamu).

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

30

EVOLUSI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (HALAMAN 20 - 21)

KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan
memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis.

AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, tulis ramalan tentang cara manusia menuntut ilmu pada masa
hadapan dengan memberikan justifikasi yang sesuai.

Pendidikan merupakan elemen penting dalam pembangunan satu-satu negara. Justeru,
pelbagai perubahan telah dibawa ke dalam lapangan ini bagi memastikan pendidikan dapat
disampaikan seiring dengan perubahan zaman. Antara perubahan yang diramalkan akan berlaku
adalah dari segi penggunaan buku teks fizikal yang bakal digantikan dengan buku teks digital
sepenuhnya. Pada masa akan datang, murid tidak lagi perlu membawa buku teks ke sekolah,
namun mereka hanya perlu membawa sebuah tablet sahaja yang mengandungi fail buku teks
digital. Walaupun kini kita sudah memiliki buku teks digital, namun penggunaannya terhad kerana
murid tidak mempunyai gajet untuk mengaksesnya ketika di sekolah dan kita masih lagi
menggunakan buku teks fizikal sepenuhnya.

Seterusnya, dari segi bahan bantu mengajar yang digunakan dalam sesi PdPC. Pada
masa dahulu hingga sekarang, kita masih lagi bergantung pada bahan maujud yang bersifat
boneka (dummy) dalam memberikan peluang kepada murid merasai pengalaman seakan-akan
sebenar. Antaranya adalah seperti kerangka manusia, lapisan kulit manusia, buah pinggang dan
banyak lagi. Namun, dengan kecanggihan teknologi kini, bahan bantu mengajar maujud ini boleh
diterjemahkan ke dalam bentuk digital dan dipancarkan secara hologram bagi memberikan
pengalaman realistik. Dengan cara ini, murid tidak lagi perlu bergerak ke sesuatu tempat untuk
merasai pengalaman sebenar. Hal ini sekali gus dapat menjimatkan masa dan kos serta mampu
mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran.

Selain itu, dengan adanya kemajuan teknologi yang serba canggih, tidak mustahil jika satu
hari nanti kita akan dapat melaksanakan pendidikan secara dalam talian sepenuhnya. Walaupun
kini kita sudah mula menggunakan pelbagai platform untuk proses pengajaran dan pembelajaran,
namun masih terdapat banyak kelompangan yang perlu dititikberatkan. Malahan, kita sebenarnya
belum menggunakan teknologi sepenuhnya atas sebab-sebab tertentu seperti akses Internet yang
terbatas. Sebagai contoh, sesi persekolahan masih lagi diteruskan secara bersemuka walaupun
kini kita juga telah mengamalkan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Namun
begitu, sekiranya teknologi maklumat dan komunikasi kita diperkasakan sehingga ke tahap
maksimum, tidak mustahil kuliah-kuliah pada peringkat universiti terutamanya akan dapat
dilaksanakan sepenuhnya secara maya tanpa bersemuka.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

31
AKTIVITI 2 - Sampaikan pandangan peribadi anda berdasarkan bahan.

Tuntutlah ilmu sehingga ke tembok besar China. Begitulah pepatah yang menunjukkan
betapa pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan kita. Tanpa ilmu, sudah pasti akan wujud
kelompangan dalam kehidupan kita. Ilmu pula boleh dituntut dengan pelbagai cara. Jika zaman
dahulu, tiada pilihan lain dalam menuntut ilmu. Seseorang yang hendak mempelajari sesuatu ilmu
harus mencari guru dan kemudiannya akan bertapa dalam tempoh masa yang lama. Seterusnya,
mereka akan mengembara lagi dan berguru pula dengan guru lain untuk mempelajari sesuatu
yang baharu. Namun, konteks pembelajaran kini mula berubah mengikut peredaran masa. Orang
ramai yang hendak mempelajari sesuatu ilmu kini tidak lagi perlu mengembara beribu-ribu batu
jauhnya, tetapi cukup sekadar di hujung jari. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah
banyak membantu kita dalam menuntut ilmu. Melalui Internet, kita boleh mencari maklumat dari
setiap pelosok negara. Malah hubungan komunikasi juga berlaku tanpa sempadan. Kini, kita boleh
berbicara secara masa sebenar (real time)melalui aplikasi panggilan video dan Googlemeets.
Selain itu, untuk menghantar dokumen pula, kita tidak memerlukan dokumen secara fizikal, cukup
sekadar menghantar secara maya melalui e-mel.
AKTIVITI 3 - Terokai maklumat lanjut berkaitan dengan persekolahan alternatif di Malaysia dan
bentangkan maklumat tersebut.

Pendidikan alternatif merangkumi pelbagai pendekatan pedagogi yang berbeza dari pedagogi arus
perdana. Rangka kerja undang-undang untuk pendidikan tersebut juga berbeza mengikut tempat.
Pendekatan pedagogi alternatif mungkin termasuk struktur yang berbeza, seperti dalam kelas
terbuka dan hubungan guru-pelajar yang berbeza. Dalam erti kata lain, persekolahan alternatif
ialah sekolah yang menyediakan pendidikan percuma yakni sekolah bersifat terbuka dan audiens
ialah individu yang tidak dapat bersekolah di sekolah kerajaan mahupun swasta atas sebab tidak
memiliki dokumen pengenalan diri.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

32

Sekolah Alternatif Semporna Sekolah Alternatif Rumah Pangi

Sekolah ini dibangunkan dengan kerjasama Dibangunkan sepenuhnya oleh gerakan
Teach For The Needs (TFTN) Malaysia di mahasiswa dari Kelab Sastera Mahasiswa
sekitar tahun 2017. Pertengahan tahun (KARMA) dan Suara Mahasiwa Universiti
2018,sekolah alternatif Semporna Malaysia Sabah. Ditubuhkan sekitar tahun 2016
dibangunkan secara serius di rumah kolektif di Rumah Pangi Kampung Shahbandar, Tuaran,
Borneo Komrad Semporna dengan masa Sabah. Sekolah alternatif ini dijalankan setiap
operasi Isnin hingga Jumaat. Objektif sekolah hujung minggu pada pukul 2 petang hingga 5
ini adalah untuk meminimakan golongan buta petang. Sasaran pelajar datang daripada anak-
huruf di Kampung Bangau-bangau Semporna. anak tidak mempunyai dokumen
Di samping aspek akademik, sekolah (undocumented).
alternatif ini juga membangunkan projek-
projek kesenian dan kemahiran.

Sekolah Alternatif di Malaysia

Sekolah Alternatif Tawau
Sekolah ini dibangunkan pada awal tahun 2019 di Kampung Batu 4 Pangkalan Tawau untuk anak-
anak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri (undocumented) dengan kerjasama daripada
beberapa organisasi seperti PERKALAS, Sekolah Jalanan Tawau (Kelas IKAT) dan Team Salam.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

33

MALAYSIA MEMBACA (HALAMAN 22 - 23)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul.

AKTIVITI 1 - Dengar bahan dengan telitinya dan huraikan impak pengiktirafan Kuala Lumpur
sebagai Kota Buku Dunia.

Antara impak pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia ialah dapat meningkatkan
amalan membaca dalam kalangan rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana sebagai ibu negara
Malaysia, tindakan mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia pasti akan mendapat
tumpuan pelbagai pihak terutamanya negeri-negeri lain. Secara tidak langsung, negeri-negeri lain
juga akan mengikut jejak Kuala Lumpur lalu mengambil berat terhadap isu membaca yang
sebelum itu selalunya diabaikan. Dengan itu,taraf kehidupan masyarakat juga dapat ditingkatkan
dengan wujudnya masyarakat yang membaca.

Selain itu, pengiktirafan ini akan memupuk minat kalangan remaja untuk membaca. Hal ini
dikatakan demikian kerana Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia dan mempunyai
pendidikan dan capaian teknologi yang lebih insklusif. Hal ini dapat menggalakkan lebih banyak
rakyat untuk terlibat dalam aktiviti membaca dan juga mudah mendatangkan impak kepada
negeri-negeri lain sebagai satu model untuk menggalakkan semua rakyat dalam Malaysia
membaca. Melalui program ini, kita juga dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu dan
berpengetahuan.

Di samping itu,masyarakat di Malaysia yang tidak berupaya untuk mendapat bahan bacaan
yang lengkap, terutamanya murid di kawasan setinggan, golongan gelandangan,anak yatim,orang
kurang upaya dan orang asli akan diberi tumpuan apabila Kuala Lumpur menjadi Kota Buku Dunia.
Usaha ini dapat menjadi kenyataan dengan adanya usaha meningkatkan capaian digital di
kawasan tertentu. Orang ramai akan berupaya mendapat informasi yang penting dan mengikuti
perkembangan dunia. Malahan polisi-polisi kerajaan kita akan dapat diikuti oleh mereka. Dengan
usaha ini, kita dapat melahirkan golongan berpengetahuan tinggi di Malaysia serta menurunkan
kadar buta huruf di negara kita. Dengan itu, Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi setanding dengan negara-negara dunia yang lain dalam pelbagai bidang.

AKTIVITI 2 - Berbuallah dengan rakan anda tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa program
Kota Buku Dunia.

Pada hari Sabtu yang lalu,saya telah menemui rakan saya Abu di taman.Kemudian kami pun
berbual-bual di sana. Berikut merupakan perbualan kami.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

34 Apa khabar, Abu?
Ali Khabar baik.
Abu Adakah kamu pernah dengar program Kota Buku Dunia?
Ali Ya, Ali. Saya pernah dengar program ini melalui media sosial kerana Kuala Lumpur
Abu telah dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia pada tahun 2020 oleh UNESCO.
Betul, Abu.Terdapat banyak aktiviti dan acara yang menarik diadakan bersempena
Ali dengan program ini.
Pada pendapat kamu,apakah aktiviti yang paling menarik?
Abu Pada pendapat saya,kempen membaca kepada pengguna tren paling menarik.
Ali Mengapakah kempen tersebut menarik?
Abu Hal ini dikatakan demikian kerana banyak penumpang hanya berkhayal atau
Ali melayari Internet sahaja dalam perjalanan ke sesuatu destinasi.Jika kita
menggunakan masa tersebut dengan baik,pengetahuan kita akan bertambah.
Abu Saya amat bersetuju dengan pendapat kamu.Kempen membaca kepada pengguna
tren memang dapat mengubah cara hidup masyarakat.Saya percaya bahawa
Ali rakyat Malaysia akan dapat manfaat dengan menjadikan amalan membaca
sebagai sebahagian daripada kehidupan pada masa depan.
Abu Memang betul kata kamu, Abu. Pada pendapat kamu, apakah aktiviti lain yang
Ali menarik?
Abu Aktiviti lain yang menarik minat saya ialah Festival Sastera Kanak-kanak.
Apakah keistimewaan festival tersebut?
Ali Dalam aktiviti ini,terdapat banyak buku sastera yang akan dipamerkan. Selain itu,
Abu banyak aktiviti sastera juga akan diadakan dan ini diharapkan dapat meningkatkan
minat kanak- kanak terhadap pembacaan bahan sastera.
Ali Adakah aktiviti lain yang menarik?
Abu Satu lagi ialah usaha meningkatan perkhidmatan dan capaian digital oleh
Perpustakaan Negara Malaysia untuk golongan OKU.
Ali Apakah kepentingan program ini?
Abu Ini merupakan satu usaha untuk membolehkan golongan kurang bernasib baik
memperoleh ilmu dan memastikan mereka tidak diabaikan.
Ali Ya, saya setuju dan menganggap usaha ini adalah murni.
Masih ada satu minggu aktiviti ini akan berlangsung.Kamu boleh pergi apabila
Abu mempunyai masa lapang.
Oh begitu.Saya tentu akan pergi ke pameran buku yang diadakan. Terima kasih
kerana sudi berkongsi aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa Program Kota Buku
Dunia.
Sama-sama.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

35
AKTIVITI 3 - Cadangkan aktiviti galakan membaca yang boleh diadakan di sekolah anda.
1. Pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan menulis buletin mingguan untuk para pelajar
dan memberikan ganjaran kepada mereka yang menang. Dengan ini, pelajar-pelajar bukan sahaja
dapat memupuk amalan membaca dalam diri mereka malah dapat mewujudkan semangat
kompetitif antara satu sama lain.
2. Pihak sekolah juga boleh mengadakan pameran buku yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan
bacaan kegemaran golongan muda zaman sekarang seperti komik dan novel ringkas agar dapat
menarik minat para pelajar untuk membaca. Hal ini dikatakan sangat penting kerana pelajar-
pelajar pada masa ini hanya mengutamakan ilmu pengetahuan yang terdapat dalam buku teks.
Pameran ini dapat mendedahkan bahan bacaan yang pelbagai jenis kepada pelajar di samping
membolehkan pelajar-pelajar untuk meluaskan horizon pemikiran mereka .
3. Pihak sekolah juga harus menitikberatkan Program Nilam. Para pelajar yang banyak membaca
dalam program ini perlu diberi ganjaran di peringkat sekolah. Usaha ini akan memastikan Program
Nilam ini akan mendapat sambutan positif daripada para pelajar.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

36

MEMBAWA DUNIA KE BILIK DARJAH (HALAMAN 24 - 25)

KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang
sesuai serta kepantasan yang wajar.

AKTIVITI 1 - Baca teks pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta
kepantasan yang wajar. (Rujuk teks pidato Bilik Darjah Masa Hadapan, ms 24 - 25)

ASPEK TATABAHASA
SP: 5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks.

AKTIVITI 2 - Kenal pasti lima kata terbitan bagi setiap kategori bentuk yang terdapat dalam petikan.
Kemudian bina ayat dengan kata terbitan tersebut.

KATA TERBITAN
1. Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses
yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
2. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.
3. Imbuhan terdiri morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat
menerima imbuhan.
4. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat, harus diimbuhkan
dengan kata dasar.
5. Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

(i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar
(ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar
(iii) apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar
(iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar

Kata Terbitan Awalan
(i) berkesan - Langkah yang berkesan harus diambil untuk membendung masalah gejala
sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja terutamanya remaja di
kawasan bandar.

(ii) berkualiti - Barangan buatan Malaysia berkualiti tinggi menyebabkan barangan ini dapat
bersaing di peringkat global

(iii) menganalisis - Pakar ekonomi menganalisis data tentang kesan pendemik COVID 19
terhadap sosioekonomi negara.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

37
(iv) pengerusi - Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Harmoni membentangkan aktiviti
yang akan dijalankan di kawasan perumahan tersebut dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.

(v) terdidik - Insan yang terdidik dengan sahsiah yang terpuji akan dapat mengharumkan
nama negara sekiranya mereka menjadi duta kelak.

Kata Terbitan Akhiran
(i) gambaran - Kanak-kanak mangsa culik itu memberikan gambaran yang jelas wajah
penculik yang menculiknya kepada pihak polis.

(ii) hadapan - Ilmu dan kemahiran sangat penting kepada remaja pada masa hadapan kerana
tanpa kedua-duanya remaja tidak akan dapat bersaing di pasaran kerja.

(iii) ucapkan - “Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada tuan rumah atas
layanan mesra yang diberikan sepanjang kami berada di sini,” kata wakil pelancong
dari Indonesia.

(iv) pilihan - Kita seharusnya membuat pilihan jurusan yang tepat di universiti supaya kita
tidak menganggur setelah tamat pengajian.

(v) budiman - Orang yang budiman akan sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat kerana
mereka mencerminkan masyarakat Malaysia yang berbudi pekerti tinggi.

Kata Terbitan Apitan
(i) berfikiran - Kita mestilah sentiasa berfikiran terbuka supaya kita tidak ketinggalan dalam
arus globalisasi ini.

(ii) diharapkan - Program pertukaran pelajar ini diharapkan dapat menambahkan
pengetahuan pelajar dan mengeratkan hubungan kedua-dua buah negara.

(iii) melahirkan - Masyarakat Malaysia yang membaca dapat melahirkan masyarakat yang
berfikiran terbuka dan maju seperti masyarakat di negara Jepun.

(iv) mengalami - Mangsa peperangan di Bosnia mengalami trauma yang teruk sehingga ada
yang mencuba untuk membunuh diri.

(v) pengajaran - Pengajaran berbantukan telefon bimbit sangat membantu murid kerana
murid dapat mengakses maklumat dengan mudah.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

38
AKTIVITI 3 - Gambarkan suasana pembelajaran yang anda gemari.

SUASANA PEMBELAJARAN

Kemudahan Fizikal Guru

Dilengkapi dengan kemudahan komputer Bertindak sebagai fasilitator

Talian Internet yang laju Menggunakan pelbagai teknik pengajaran PA21

Penggunaan komputer riba dan telefon Memberikan dorongan /motivasi kepad murid

pintar

“Smart Board’” yang interaktif Mengemukakan teknik penyoalan yang mampu

merangsang minda murid

Pengajaran berpusatkan murid

Pembelajaran secara interaktif dengan murid di

negeri atau negara lain

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

39

TEMA 3 - MEMETIK BINTANG

KERJAYA DI AWAN BIRU (HALAMAN 28 - 29)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada,
dan kefasihan dengan betul.

AKTIVITI 1 - Dengar dan berikan respons berdasarkan bahan dengan mengutamakan aspek
kejelasan, nada, dan kefasihan yang betul.
Aktiviti 1
Isi tempat kosong dengan jawaban yang sesuai.
Bidang penerbangan menawarkan pelbagai kerjaya. Ada pekerjaan yang memerlukan seseorang
tersebut bertugas di darat sahaja dan ada pula yang memerlukan seseorang individu tersebut
untuk menjalankan tugasnya di udara. Kerjaya di udara ialah kerjaya seperti juruterbang,
pramugara dan pramugari. Untuk memohon jawatan ini, seseorang individu tersebut haruslah
memiliki sekurang-kurangnya sijil kelulusan untuk peperiksaan SPM. Ada juga antara mereka
yang menyandang jawatan ini mempunyai sijil diploma ataupun ijazah. Kerjaya ini bukan sahaja
memberikan pendapatan yang lumayan kepada seseorang individu malahan kerjaya ini juga turut
membolehkan mereka untuk menimba pengalaman baharu ketika bertugas dan membolehkan
mereka melancong ke serata dunia. Keistimewaan inilah yang dikatakan seperti belayar sambil
memapan, merapat sambil belayar.

Kerjaya di darat untuk bidang penerbangan pula melibatkan kerja-kerja seperti jurutera
penyelenggaraan kapal terbang dan pegawai kawalan trafik udara. Seseorang individu yang ingin
menjadi jurutera penyelenggaraan kapal terbang dalam bidang ini haruslah mengikuti beberapa
kursus terpilih yang diwajibkan oleh sesebuah syarikat penerbangan tersebut. Hal ini dikatakan
demikian kerana kerana jurutera tersebut perlu menyelenggara kapal-kapal terbang yang
memerlukan kepakaran dan pengetahuan tertentu. Tugas seorang pegawai kawalan trafik udara
pula ialah pegawai ini haruslah memastikan keselamatan trafik di ruang udara. Pegawai tersebut
haruslah sentiasa berkomunikasi dengan juruterbang yang terlibat dalam penerbangan.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

40

Aktiviti 2 - Pilih satu daripada laluan kerjaya dalam bidang industri penerbangan dan berikan
respons anda.

Pilihan kerjaya (sebab-sebab memilih sesuatu kerjaya tersebut)

Juruterbang Pengawal Trafik Udara Jurutera Penyelenggaraan
 Berasa bangga kerana  Berasa bangga kerana Kapal Terbang

 Berasa bangga kerana

bertanggungjawab atas bertanggungjawab atas bertanggungjawab atas

keselamatan semua keselamatan semua keselamatan semua

individu yang berada dalam individu yang berada di individu yang berada dalam

kapal terbang tersebut udara kapal terbang tersebut.

 Suka akan pekerjaan yang  Suka akan pekerjaan yang  Suka cabaran kerana perlu

berkaitan dengan mesin memerlukan ketelitian memahami setiap selok-

khasnya yang berkaitan kerana harus mahir untuk belok dan fungsi sesuatu

dengan sistem membaca dan teliti dengan alat yang terdapat dalam

penerbangan posisi setiap kapal terbang kapal terbang.

 Dapat menimba yang terlibat.  Suka pekerjaan yang

pengalaman baharu  Suka akan pekerjaan yang melibatkan mesin

 Dapat melancong ke berdasarkan syif kerja  Kurang berminat dalam

pelbagai tempat supaya tidak terikat dengan pekerjaan yang melibatkan

 Berpeluang untuk satu tempoh kerja tertentu interaksi dengan manusia.
berinteraksi dengan sahaja.

pelbagai orang daripada

pelbagai tempat dan latar

belakang yang berbeza.

AKTIVITI 3 - Terokai maklumat kerjaya yang lain dalam bidang penerbangan.

Pramugara/Pramugari Pegawai Daftar Masuk/Ejen Marsyal Kapal Terbang
 Wajib menghadiri taklimat
Perkhidmatan Penumpang

 Memastikan perkhidmatan  Memastikan tiada sebarang

tentang jadual penerbangan yang terbaik untuk para gangguan di ruang ataupun

untuk mengetahui keadaan penumpang laluan kapal terbang.

cuaca, tempoh  Memastikan pendaftaran  Memberikan panduan

penerbangan, ketinggian kemasukan para kepada juruterbang dalam

pesawat di udara, penumpang sejajar proses untuk menghentikan

persediaan makanan dan dengan prosedur dan dan meletakkan kapal

minuman serta memahami peraturan sistem terbang di tempat yang

prosedur kecemasan penerbangan. sepatutnya.

sekiranya apa-apa  Memastikan semua  Menerima maklumat

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

41

kecemasan berlaku bagasi yang diterima daripada pengawal trafik

 Mengisi dokumen yang masuk sejajar dengan udara dan menyampaikan

diperlukan prosedur dan peraturan maklumat tersebut kepada

 Memberikan salam kepada sistem penerbangan. pihak pengurusan

para penumpang dengan  Mampu mengawal penerbangan tentang

ramah prosedur pendaftaran setiap kapal terbang yang

 Mengawal penumpang dan masuk penumpang sama terbang keluar dan masuk
memastikan penumpang ada berdasarkan sistem ke dalam lapangan terbang.

berada dalam komputer ataupun bersifat  Memastikan pihak yang

pesawat/penerbangan yang manual. melakukan tugas menunda

betul seiring dengan  Sentiasa bersedia untuk kapal terbang mempunyai

tiket/pas kemasukan memberikan maklum peralatan yang sesuai

mereka. balas daripada para untuk penundaan seiring

 Membantu penumpang penumpang kepada pihak dengan jenis dan jumlah

mencari tempat duduk atasan berat kapal terbang yang

 Menyiapkan dan  Bersedia untuk membantu perlu ditunda.

menghidangkan makanan para penumpang yang  Membuat pemeriksaan

dan minuman kepada para terdiri daripada golongan untuk semua alat tunda

penumpang mengikut jadual yang sudah berumur yang digunakan.

yang ditentukan. ataupun golongan OKU.  Memastikan tanda isyarat

 Menyediakan alat-alat yang  Membuat laporan dengan yang diberikan kepada

diperlukan seperti troli segera sekiranya berlaku juruterbang sejajar dengan
makanan, bantal, tuala perkara yang tidak piawai dan prosedur yang
muka, tisu dan lain-lain. dijangkakan semasa ditetapkan.

 Memastikan pintu pesawat melakukan proses  Mengawal selia prosedur
sentiasa ditutup dengan pendaftaran kemasukan kapal terbang yang ingin
baik. untuk para penumpang. mendarat dan berlepas dari
 Mampu menjawab soalan landasan.
 Memastikan peralatan

kecemasan seperti alat para penumpang yang  Memastikan segala operasi
pemadam api, tong oksigen, berkaitan dengan yang berkaitan di

pelampung dan semuanya penerbangan dengan tapak/ruang/landasan untuk
peralatan yang lain berada baiknya. mendarat dan berlepas
dalam keadaan yang  Mampu membantu agen- dalam keadaan selamat.

sempurna agen pelancong yang lain  Perkara yang mungkin

 Memberikan arahan/taklimat dalam hal ehwal yang akan menjejaskan

yang betul dan jelas kepada berkaitan dengan mana- pendaratan atau
para penumpang. mana jadual perlepasan kapal terbang
penerbangan. haruslah dilaporkan.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

42

SAKSI SENYAP RUNGKAI MISTERI (HALAMAN 30 - 31)

KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul
daripada pelbagai bahan primer.

AKTIVITI 1 - Baca bahan dan kenal pasti maklumat. (Rujuk teks Kanta Forensik, ms 30)

a) TEKNIK BACAAN KWLH

MAKSUD KWLH
K Know Perkara yang sduah diketahui sebelum membaca
W What Perkara yang hendak diketahui sebelum membaca
L Learned Perkara yang dipelajari selepas membaca
H How Cara untuk mendapat maklumat tambahan yang ingin

diketahui (melalui bacaan seterusnya)

K W L H
(Yang Diketahui) (Ingin Diketahui) (Dipelajari) (Bagaimana)
1. Forensik membantu 1. Cara memohon 1. Rujuk Internet
PDRM menjalankan jawatan sebagai 1. Bahagian D10,
penyiasatan kes-kes Pakar Forensik. Jabatan Siasatan 2. Buku/majalah
jenayah. Jenayah (Makmal
2. Jenis-jenis Forensik)
2. Hasil laporan forensik bidang forensik
ini digunakan untuk yang ada. 2. Unit Siasatan Tempat
keperluan perundangan. Kejadian Jenayah atau
3. Peluang kerjaya Crime Scene
3. Bukti-bukti fizikal dalam bidang ini. Investigation (CSI)
seperti kesan cap jari. - kelayakan
akademik 3. Unit Siasatan Cap Jari
- gaji
- peluang kenaikan 4. Unit Siasatan
pangkat Audio/Video

5. Unit Siasatan Jenayah
Komputer

7. Bukti-bukti fizikal
seperti kesan tumpahan
bahan kimia, dan
sebarang dokumen yang
berada di tempat
kejadian

b) TEKNIK BACAAN CHATT

Maksud CHATT

C Circle Bulatkan kata kunci

H Highlight Serlahkan atau garisi idea penting

A Asterisk(*) Tandakan (*) pada isi sampingan/sokongan

T Transfer Pindahkan maklumat ke dalam borang CHATT

T Teacher Guru memberikan rumusan tentang rekod murid di dalam borang CHATT

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

43

KATA KUNCI IMEJ (DEFINISI) DEFINISI /KATA
/ISTILAH - aplikasi sains KUNCI

FORENSIK kepada Forensik ialah aplikasi
perundangan
sains kepada

perundangan.

IDEA UTAMA IDEA SAMPINGAN
Pakar forensik mengumpulkan bahan bukti Hasil laporan forensik ini digunakan untuk
untuk dianalisis. keperluan perundangan.
Apabila sesuatu kes jenayah dilaporkan,
pakar forensik dari Unit Siasatan Tempat Bukti-bukti fizikal seperti kesan cap jari, kesan
Kejadian Jenayah atau Crime Scene tumpahan bahan kimia, dan sebarang dokumen
Investigation (CSI) mendapatkan bukti-bukti yang berada di tempat kejadian akan dinilai oleh
fizikal yang berkualiti dan relevan. pasukan CSI.

RUMUSAN GURU
____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

AKTIVITI 2 - Sejauh manakah kerjaya forensik dapat membantu menyelesaikan masalah jenayah?

Kerjaya forensik dapat membantu menyelesaikan masalah jenayah :
- Pakar forensik mengumpulkan bahan bukti untuk dianalisis oleh Bahagian D10, Jabatan Siasatan
Jenayah (Makmal Forensik).
- Hasil laporan forensik ini digunakan untuk keperluan perundangan.
- Pakar forensik dari Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah atau Crime Scene Investigation (CSI)
mendapatkan bukti-bukti fizikal yang berkualiti dan relevan.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

44
AKTIVITI 3 - Bagaimanakah kemajuan sains dapat membantu bidang forensik di negara kita?
Kemajuan sains dapat membantu bidang forensik di negara kita dengan cara :
- Jika kes jenayah yang melibatkan kesan cap jari, penyiasatan akan dikendalikan oleh Unit
Siasatan Cap Jari.
- Unit Siasatan Audio/Video pula akan menjalankan pemeriksaan audio video seperti rakaman
kamera litar tertutup
- Unit Siasatan Jenayah Komputer menganalisis bahan-bahan bukti seperti Unit Pemprosesan
Pusat atau Central Processing Unit (CPU), telefon bimbit, kad sim, dan kad memori.
- Teknologi yang canggih dan moden.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

45

DARI TITIK KE TITIK (HALAMAN 32 - 33)

KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan
memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis.

AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, tulis ramalan tentang kerjaya pada masa hadapan.
Pada pendapat anda, bagaimanakah prospek kerjaya juruanimasi pada masa hadapan?
Tulis pendapat anda dalam satu perenggan.

Contoh Jawapan:
Pada pendapat saya, prospek kerjaya juruanimasi pada masa hadapan mempunyai peluang yang
cerah. Hal ini demikian kerana teknologi digital di negara kita sudah maju dan berkembang pesat
seiring dengan kemajuan teknologi dunia. Bidang animasi menggunakan teknologi digital yang
canggih dengan perisian komputer berteknologi tinggi. Untuk menjadi seorang juruanimasi,
seseorang perlu mempunyai kemahiran teknikal dan mempunyai bakat artististik.Walau
bagaimanapun, dengan kecanggihan perisian teknologi digital karakter animasi boleh dilukis
dengan sempurna walaupun juruanimasi tiada kemahiran melukis. Jadi sesiapa sahaja boleh
menjadi juruanimasi sekiranya mereka berminat walaupun tidak mempunyai kemahiran melukis
kerana mereka boleh menggunakan bantuan perisian teknologi digital yang canggih.

ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tadisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya

AKTIVITI 2 - Deklamasikan sajak Sang Animator dan nyatakan maksudnya.
Maksud Sajak
Rangkap 1 - Penyajak menyatakan bahawa seorang yang terlibat dengan bidang animasi
mempunyai kemahiran berkaitan perisian teknologi moden dan terkini.

Rangkap 2 - Dengan menggunakan jari ( menekan papan kekunci) juruanimasi menghidupkan
watak-watak dan memberikan nyawa kepada setiap karakter agar nampak hidup dalam sesebuah
filem atau cerita.

Rangkap 3 - Paparan cerita nampak hidup dengan menggunakan pelbagai warna dan gerakan
serta suara dan kesan bunyi yang boleh menyentuh perasaan dugabungkan dengan paparan
audio dan visual serta emosi sebagai pelenkap sesebuah cereka.

Rangkap 4 - Seorang animator atau juruanimasi merupakan orang yang bertanggungjawab di
belakang tabir, Munculnya Anak-anak Sidek, Usop Sontorian, Bola Kampung, Ejen Ali, Keluang

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

46
Man, Kampung Boy, Boboiboy, Upin dan Ipin serta Omar dan Hana yang mewarnai alam ria
kanak-kanak yang menggamit ingatan para penonton pada alam kanak-kanak mereka adalah
dihasilkan oleh juruanimasi.
Rangkap 5 - Juruanimasilah orang yang bertanggungjawab menghidupkan karakter seseorang
hero dan mengolah watak-watak tempatan sehingga mendapat tempat di persada dunia.
Rangkap 6 - Melihat senyuman dan ketawa para penonton yang menyaksikan keletah animasi
yang penuh ceria menjadikan juruanimasi/animator gembira dan bahagia buat selamanya.
AKTIVITI 3 - Hasilkan karikatur dan jelaskan keunikannya.
1. Murid menghasilkan karikatur sendiri dan menjelaskan keunikannya.
- Cadangan
 aktiviti ini boleh dijadikan sebagai akvititi susulan
 murid membuat aktiviti dalam kumpulan
 kumpulan yang menghasilkan karikatur terbaik diberi hadiah
Contoh karikatur

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

47
MENJULANG POTENSI DIRI (HALAMAN 34 - 35)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang
pendidikan dan kerjaya dengan yakin.

AKTIVITI 1 - Bersoal jawab tentang keistimewaan diri yang perlu dimiliki untuk memohon program
budaya peringkat antarabangsa

Keistimewaan diri:
1. Aktif dalam bidang kokurikulum

 Johan Pertandingan Tarian Zapin Peringkat Daerah
 Tokoh Kokurikulum Sekolah
 Kerap menyertai Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah/Daerah

2. Cemerlang dalam akademik
 Pencapaian Terbaik PT3 Peringkat Daerah

3. Bakat kepimpinan
 Pengawas sekolah
 Menjadi Tokoh Pemimpin Muda semasa Kem Kepimpinan Pengawas Peringkat Negeri
 Setiusaha Kelab Seni Budaya

4. Kemahiran Bahasa
 Boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan Jepun

Contoh soalan lain: Boleh saudari nyatakan sebab saudari layak dipilih untuk mengikuti
Penemu duga : program ini?
Nur Ain Sofea : Oh, saya rasa saya layak kerana saya bukan sahaja mahir dalam bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris tetapi saya juga boleh berbahasa Jepun
Penemu duga : dengan baik. Saya telah mengikuti kelas bahasa antarabangsa di sekolah
iaitu Bahasa Jepun. Perkara ini membolehkan saya berkomunikasi
dengan masyarakat di sana dengan mudah. Tambahan pula, sebagai
pengawas saya telah biasa berhubung dan berkomunikasi dengan rakan-
rakan dan guru. Jadi, saya rasa saya tiada masalah untuk menyesuaikan
diri dan berbual dengan rakan-rakan di luar negara nanti.
Begitu menarik sekali. Bagaimana saudari akan menggunakan kelebihan
yang ada untuk memperkenalkan warisan budaya Malaysia?

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

48 Pastinya saya akan mengambil peluang ini untuk memperkenalkan
Nur Ain Sofea : pelbagai tarian seperti zapin, muzik tradisional seperti rebana dan lain-lain
lagi. Oleh sebab saya telah menjadi Johan Pertandingan Zapin Peringkat
Daerah, maka saya lebih yakin untuk mempersembahkan tarian ini di
sana nanti. Tambahan pula, saya mahir bermain beberapa alatan moden
dan tradisional. Jadi saya boleh gunakan kelebihan ini untuk
memperkenalkan alatan muzik negara kita.

AKTIVITI 2 - Simulasikan gaya berpakaian, berjalan, dan duduk yang betul semasa sesi temu

duga dan nilaikan.

NOTA TAMBAHAN: TIP TEMU DUGA

APAKAH YANG PENEMU DUGA INGIN TAHU

Panel penemu duga akan bertanyakan soalan seperti contoh di atas untuk mengetahui kemahiran
spesifik dan kualiti yang membuat anda mempunyai kelebihan berbanding calon yang lain.

Antara kelebihan yang ingin dilihat oleh panel penemu duga mengenai soalan yang ditanya adalah
seperti berikut:
- Kekuatan dan kemahiran soft skill.
- Keselesaan anda menjawab soalan peribadi.
- Keyakinan diri.
- Keserasian anda dengan organisasi budaya kerja.
- Keupayaan anda berfikir dengan pantas memberi jawapan yang sepatutnya.
- Penyediaan anda komunikasi ketika bekerja.
- Mengenali anda di luar kerjaya, sikap dan pengalam di tempat kerja.

CARA UNTUK MENJAWAB “APAKAH YANG MEMBUATKAN ANDA UNIK”

Sebelum anda menjawab soalan yang ditanyakan, perkara yang perlu anda lakukan ialah:
1. Anda perlu jelas dan memahami soalan yang diberikan.
2. Gunakan sedikit masa untuk dapatkan maklumat mengenai syarikat dan skop pekerjaan yang
ditawarkan.
3. Jika anda mengetahui maklumat syarikat dengan lebih banyak, akan menonjolkan keunikan
peribadi dalam diri anda.
4. Apabila anda sudah mengetahui ciri-ciri syarikat, anda boleh menonjolkan diri anda untuk
memberi sumbangan khidmat anda kepada syarikat.
5. Anda juga perlu memasukkan sifat, pengalaman dan minat anda dalam jawapan yang akan
diberikan.

TIP MEMBERIKAN JAWAPAN TERBAIK

1. Menyenaraikan kekuatan dan kelebihan diri anda.
2. Sentiasa berlaku jujur untuk menjawab soalan.
3. Menyenaraikan kemahiran yang diperlukan dalam deskripsi kerja.
4. Berkongsi jawapan yang tepat dan kukuh berdasarkan pengalaman kerja anda.
5. Yakin dan berani untuk menonjolkan diri anda.
6. Elakkan bercakap mengenai topik sensitif.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M

49

HARAPAN SETINGGI GUNUNG (HALAMAN 36 - 37)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan
betul dan tepat.

AKTIVITI 1 - Baca dan nilai bentuk serta kandungan teks.

BORANG PENILAIAN KENDIRI (Tandakan skala di bawah)

BIL ITEM BAHAN 1 BAHAN 2 ALASAN

SKALA

1 2 12

1 Bentuk paparan menarik minat pembaca

2 Memberikan lebih banyak maklumat

3 Lebih mudah difahami oleh pembaca

4 Susunan maklumat mudah dibaca

5 Memberikan ilmu baharu kepada

pembaca

1 - Setuju 2 - Tidak Setuju

Ringkasan bahan:

1. Bahan 1 berbentuk iklan dan bahan 2 berbentuk teks.
2. Iklan yang dipaparkan berkaitandengan Karnival Kerjaya.
3. Karnival Kerjaya merupakan wadah terbaik yang menyediakan maklumat tentang dunia

kerjaya.
4. Mengunjungi karnival kerjaya yang berhampiran merupakan persiapan sebelum menceburi

dunia pekerjaan dan untuk mendapatkan maklumat pekerjaan.
5. Menerusi Program Bimbingan Tatacara Temu Duga dan Taklimat Industri pula, pengunjung

mendapat beberapa tip untuk temu duga antaranya termasuklah penyediaan resume,
kemahiran berkomunikasi, persembahan pitching dan etika berpakaian.
6. Bengkel dan taklimat semasa Kaunseling Kerjaya bersama panel penganjur membolehkan
para pengunjung mendapatkan panduan dan laithan temu duga sebagai persediaan untuk
temu duga sebenar.
7. Karnival kerjaya sangat memberikan manfaat kepada para pengunjung.
8. Oleh itu, para belia yang ingin berjaya dalam permohonan kerja mestilah berusaha menimba
ilmu dengan menghadiri karnival kerjaya.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M


Postingan terbaru

LIHAT SEMUA